Thursday, December 23, 2010

Syioknya kena hOn gengster taik manok..

Guguguu!
Buhsan buhsan. Mari menulis! tengok orang update, aku pun nak. Suka hati aku la nak post apa kan...Nanti aku tak suka, aku remove..bukan pasal korang tak suka..hihihi.
SAYA SEDANG KETAGIH!
urgghhh~ I'm sorta addicted to driving! driving kat Miri ni sangat best..tenang..bawak slow2 pun takpe.. :P

oke, akibat drive terlalu tenang dan gentlewoman nya.....
Aku kena hon oleh 1 kereta yang agak gengster..di belakang aku. Kereta pun nampak gengster, apa lagi orang kat dalam kan.. Dah la pasang 'highlight'. Tu yang aku tak paham. Yang dia stay tak overtake masa aku sengaja tambah keslowan apa pasal....??
Tapi pasang highlight sampai kan mata aku silau. Nasib baik adik aku suruh bertenang. Lepas tu, tetiba overtake dengan tanpa berhemahnya. sikit lagi nak kena kereta aku. Aku tetap CooL...aku tak marah...malah tak hon..Tapi adik aku tekan hon sambil mulut dia pun mengeluarkan 'bunyi2 hon'! Aku pulak yang kena suruh dia bertenang. Biasa la lelaki kan... HOWT cepat sangat..huh. cari pasal dengan gengster taik manok memang cari nahas sekaligus.

Oke la..dah. Berhati2 di jalan raya!
Jom drift! yeehhaa~~! :PP

Pegang stering ketat-ketat! ekekkeke~

Wednesday, December 22, 2010

huh~ Belog..belog...!

Dunia blogging..
Aku mula berkecimpung dalam dunia ni masa mula2 baru masuk U.
Tengok orang ada, macam best pulak kan..
Sesaja conteng2..luah isi hati, isi hari..etc.
walaupun tujuan pada mulanya adalah untuk dakwah dan menyampaikan
tapi tak berapa menjadi... lebih kepada isi hati dan isi fikiran.
Aku ni...kalau korang baca ada rasa2 menyampah tak? hihi
suka hati korang la nak rasa apa kan..
Blog aku bukan popular pun...
Entri pun macam merepek :P

Hmm...
Tapi aku baru terperasan masa cuti ni..
sebab banyak buat blogwalking.
Rupa2 nya Orang kita ni gila blogging.
Ramai yang dah ada belog!
budak2 sekolah rendah pun ada..
O.o

Tapi tak hairan la kan..
Facebook tu pun pelbagai peringkat umur.
Tak kira muda atau tua, reti guna komputer atau tidak..
Yang tak reti tu, tup tup ada FB.
Tapi tak aktif..huhu. kelakar!

Yang aku rasa pelik sekarang ni..
Betapa blogger2 itu sangat taksub.
Mengejar kepopularitian..
Nak tingkatkan kesesakan traffic blog.
Kalau perempuan, apa lagi..
Aset dia muka dan possing comel la kan..
wajib letak dengan sedikit touch up (edited) supaya tambah comel dan menarik...
uiii.. tu penting kot.. nak tarik follower katakan.....
nak dapat award..nak dapat duit dari nuffnang..

hihi. Tapi bagi aku..Aku tak pandang sangat kecomelan belog dan gambar2 comel atau pun macho beliau.
Aku suka baca ayat yang sempoi.
Dengan gaya bahasa yang menarik dan mudah difahami.
Dan tak lebih kepada cerita syok sendiri.

Okela, setiap orang ada taste sendiri kan...
Aku macam ni, korang pulak macam tu..
Itu yang menjadikan kita menarik dengan gaya tersendiri :)

Yang penting jangan sampai 'addicted'
Dok 24 jam ngadap Lappy..
Kang kena penyakit Carpel Tunnel Syndrome (CTS) baru tau.. :P

Psst...
HATI2 DI ALAM MAYA ;)
Ada yang sedang memerhati dan menilai anda..

Tuesday, December 21, 2010

Langkah kecil itu berharga ;)


"One step leads to another. So, give the best shot to whatever is in front of you"
=
"Satu langkah mempengaruhi langkah lain. Oleh itu, bagi yang terbaik untuk apa sahaja di hadapan anda."

Ingat! langkah kecil itu penting.
Bagi yang terbaik, kerana ia akan mempengaruhi langkah lain
Biarpun ringan di mata yang lain.
Tapi ianya punya cerita tersendiri.

Jadikan ia pelbagai.
supaya tiada penyesalan di pengakhiran
Bila anda yakin, corak perjalanan itu telah diukir dengan sangat cantik dan teliti :)


Mari shot yang terbaek punyaa!!
teeheee~






Monday, December 20, 2010

' Homoseksual' semakin berani

weyppp~

Tengok video ni!!



Apa pendapat anda?
pergh~
@##$%%$#$@##$$%!!!!
apa bengap...punya orang?
Ini Malaysia beb! Malaysia yang dikatakan negara islam... (O.o)

Sangat bran.... kan..
siap sebut alhamdulillah..
Memang la kita kena.. "Know yourself, know everything"
Tapi.. encik ni silap ambil point.

Bila kita dah mula kenal diri sendiri... (Know yourself)
Kenal pasti mana yang baik dan mana yang buruk
(itu yang dikatakan 'know everything')
Cari cara pertingkatkan yang baik.
Kurang dan seterusnya BUANG yang buruk.
Bila dah tau, diri macam tu...
USAHA!
usaha sekuat hati, kumpulkan kekuatan, tambah amal ibadah, kuatkan iman.

Di zaman ni, kebanyakan orang bersekolah kan..
Di sekolah ada belajar subjek Pendidikan Islam kan...
Maka MUSTAHIL la kalau anda katakan anda jahil tentang agama..
dan tak pernah tahu kisah zaman Nabi LUT :)
Kalau ya pun, mungkin tak datang masa kelas tu kottt....

Nak kata kes klinefelter syndrome..
tak jugak..
Kebanyakan yang jadi gay ni, rupa elok macam lelaki..macho..kulit bersih licin..
hurm.... ni kes TAK TAKUT TUHAN SYNDROME..

Doakanlah orang macam ni sedar dan dikurniakan hidayah..
Jangan sampai azab Allah terhadap kaum Lut berulang.
Tapi memang dah nampak ketara sekarang ni...
" Islam sudah kembali asing seperti permulaan islam itu datang"
peringkat zaman kita sekarang,
lebih teruk dari zaman jahiliyyah.
urgghh...SCARY.....~
Mudah-mudahan kita di antara orang yang 'terasing' di zaman ini :)





Sunday, December 19, 2010

Aku.. " A LOOSER WONDERPET"

Penat. Penat.Penat!
Buat masa ni, aku cuma nak cakap yang aku....... sangaat....penat.....hari ini!

huh.
Sebenarnya, aku takkan berasa penat kalau setakat 'being busy'
Tapi, penat kalau dicampur dengan tension jadi apa??
= Gila?
hehe. belum...belum lagi....

Aku tension sebab kena jaga kitten yang aku jumpa kat tepi jalan pada hari semasa aku tengah menguburkan Meto ( kucing, entri yang lepas)
Dia sangat...sangat..comel!
bulu hitam putih dan gebu.
Tapi sayang...
mata dia berpenyakit.
waktu aku jumpa, lepas lap dan cuci sikit2..dia boleh bukak sikit mata
tapi setelah beberapa hari lepas aku bagi ubat yang aku beli kat klinik vet,
semakin teruk jadinya.
dan sekarang memang tak boleh buka lagi dah.
kawan vet aku cakap, mungkin bola mata dia pecah sebab 'virus infection'
dan disebabkan dia masih kitten, mungkin hidup tak lama.
Aku telefon doktor vet pulak..
Tanya punya tanya,
dia suruh aku bawa kucing tu pergi klinik.
Untuk consultant RM15,
tu baru consultancy, rawatan..ubat??
dan kalau perlu pembedahan?
Tsk..tsk.. Y_Y
Untuk pengetahuan, di tempat aku tak ada klinik kerajaan untuk haiwan
Aku dah tanya doktor vet tu, dia cakap ada tapi lebih kepada lembu.
Dan aku tak tau di mana, mr.google pun tak bagi tau :(

oke, pasal kucing.. aku tak reti nak ambil remeh.
walaupun orang cakap "biarlah..kita dah tak boleh buat apa.."
(Aku benci ayat itu oke...)
Kalau aku ni ada duit, KALAU....!!!
Aku dah bawa dia pergi klinik vet dan buat rawatan
Tak kisah berapa ongkos nya...

erm..
selagi dia masih hidup..
dan selagi aku masih hidup..
Aku akan jaga.
sebab aku memang " WONDERPET" sejak kecil lagi.
Tapi aku tak sanggup tengok kesengsaraan nazak :'(
huhu. *tabah*

p/s: GOv, please.....bukak la klinik haiwan kerajaan kat miri..... Y_Y

Friday, December 17, 2010

Pesan emak...."jaga adik2 k.."

Beberapa jam yang lepas... Ketika menonton Ghost House ch 105.

Insyirah: walaupun kitak demam...sementara mak xda tok, kitak mesti jaga adik2..adik2 yang........tersayang.. (dengan tune ngades2!)

Aku: emmm....( tak bermaya)

Insyirah: haaa...tengok..kalau kitak demam, mesti kitak tido. Jangan tido! Ingat pesan mak kat airport tadik, jaga adik2..

Aku: Adik2..Adik2..... ( tahan gelak)

Insyirah: Mestilah...buat masa tok, kitak la yang paling tua dalam rumah tok. Kitak kan kakak....

Aku: hehe. aok la......

HAHAHA! kesian adik2 aku hari ni..dari pagi sampai malam menu makanan telur goreng..
huh. mak pergi kuching 4 hari. Apa agak2 aku nak masak untuk penghuni rumah ni dalam masa 4 hari....hihi. Susah jugak jadi kakak. Bangun pagi, kemas rumah....masak..Bersihkan dapur..masak... bersih dapur lagi sekali....jadi driver....dan berleter untuk kebaikan bersama..

nota kaki :
Kitak= awak
tok= ini
tadik= tadi
Aok= okay

Wednesday, December 15, 2010

Perginya anak kucing yatim piatu..

Officially ALL DEAD Y_Y
oke, aku gagal membesarkan 4 ekor anak kucing.
banyak rasa dan perasa dah dalam hati ni.
terutama sekali, RASA BERSALAH!
apa lagi sebab aku tengok dan menyaksikan sendiri saat nazak kucing2 tu.
huukhuk~ em..apa2 pun, ajal maut ketentuan Allah..
setiap yang hidup pasti mati kan..
yang penting aku tau, aku dah buat yang terbaik untuk dorg..
dan ini......

hanya tinggal kenangan..
Banyak lagi baki ni, sesiapa yang ingin memiliki susu kucing ini (anjing pun boleh)..
bolehla menghubungi aku. hihi
aku beli kat klinik haiwan dengan harga RM50 sekali dengan botol susu.
Cuma nasihat aku kepada pembaca....
"Berusaha la sebaik mungkin untuk kucing anda, jika anda mengalami keadaan yang sama seperti si penulis"
Mereka pun makhluk Allah, bernyawa..comel pulak tu.
Kalau keadaan seperti ini hadir, lakukanlah dengan ikhlas dengan niat membantu sesama makhluk.
Hidup lama atau tidak, itu kerja Allah.
yang penting selagi hidup, tolonglah jangan abaikan..
Kalau tak sanggup nak jaga, dan anda mempunyai banyak duit..
sila lah hantar ke klinik haiwan =)
Semoga usaha anda mendapat pahala di sisi Allah.
Mana tau, kucing2 itu akan mendoakan anda dan membantu di saat anda dihisab di akhirat sana.
InsyaAllah.. :)


I LOVE CATS!!
(^_^)v





Friday, December 10, 2010

Anak kucing yatim piatu.

Meow Meow..
Entri ini tentang anak kucing yang tiada ibu.
kalau nak diceritakan mengenai holiday aku.
semuanya biasa sahaja. mungkin tidak semenarik cuti anda.
Tapi, ada banyak benda 'first time' yang aku dapat buat dan bakal menjadi pengalaman yang sangat bererti buat aku.

ok, berbalik kepada cerita anak kucing yatim piatu tadi.
Aku ambil meow2 tersebut di rumah nenek. sebab kesian kat nenek. Dah tua-tua kena jaga anak kucing, dah la anak manusia pun dia jaga. tak sanggup tengok dia jadi baby sitter and cat sitter sekali gus.

Kucing2 tu telah kematian ibu semasa mereka masih lagi perlu menyusu. KESIAN SANGAT3x T_T
Umur baru beberapa minggu. Merengek2 bagai tangisan bayi manusia. Adus! Bayangkan..dengar tangisan bayi pun kita dah kelam-kabut.
Haa..macam tu lah aku rasa bila 'bayi2' itu menangis. Aku ni dah kira macam mak la ;) LOL!
Rushing buat susu. Nak susukan pulak sangat susah. Aku guna picagari. tu pun nampak macam menyakitkan mulut dorg. Tambah pulak mencabar dengan bau-bau hancing. Nak bersihkan lagi satu hal. erm... Tapi, bila tengok mereka yang sangat2 comel itu, segala kesusahan sanggup diharungi. aiseh! macam tu kot perasaan seorang ibu.

sedih tengok badan dorg menggeletar. Tambah pulak bila basah. Bunyi rintihan macam sedih. Kalau kita sendiri pun, dah besar2 ni masih perlukan belaian seorang ibu..apa lagi anak2 kucing tu :'( Aku cuba letak botol suam berbalut tuala kat tepi, sedih tengok dorg berebut2 menggesel badan kat botol tu.Hisap kat tuala. Umpama merindui badan si ibu kucing.

Aku tau, mungkin suatu masa nanti aku harus bersedia dengan kekecewaan. huhu. Tak sanggup lagi kehilangan kucing! Sedey..Setelah banyak kali sedih dan kecewa dengan kematian kucing, aku dah tak pelihara kucing. Tapi kali ni, kena jugak. Kalau dibiarkan, kang jadi pembunuh pulak kan..Aku Memang Pencinta Kucing!

Mudah-mudahan sempat tengok kucing2 tu membesar. Ouh, lupa nak tulis. baby2 tu ada 4 ekor. nama.. LuLu, Cici, Dodo dan MetO :) hihi. Aku cop MetO. Adik-adik aku yang selebihnya.

Jaga anak kucing yang tiada ibu memang sangat2 mencabar. Kena bagi susu setiap 2-3 jam. Nasib baik google2 jumpa gak info yang membantu. Nak info lebih tangok page ni


dan anda juga boleh bertanya pada doktor veterinar di


Semoga usaha yang dibuat tak sia-sia. Lebih-lebih lagi pada pandangan Allah.




Wednesday, December 8, 2010

New York Cheese Cake!

wee~~
Another cake made by me..!





























New York Cheesecake!
or.. should I change it into Miri Cheesecake? hehe.
sebenarnya memang ada banyak versi resipi-resipi kalau kita google.
Oleh itu, sebagai saya.. saya hanya memilih resipi yang 'simple and easy' :)
oke, mari mulakan..

Bahan-bahan ( untuk 10 orang) :

For the crust (base)
  • 200 gm digestive biscuits / biskut Marie
  • 75 gm Mentega - dicairkan
Cheesecake filling
  • 800 gm cream cheese- keluarkan dari fridge 2 jam awal sebelum mulakan untuk mendapatkan texture cheesecake yang menarik.
  • 170 gm gula kastor
  • 4 biji telur penuh
  • 3 biji kuning telur sahaja
  • 2 camca teh esen vanilla
  • 1 1/2 camca besar jus lemon
Topping
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 300 ml sour cream
  • 20 gm gula kastor
  • * serbuk koko- untuk hiasan
* Terpulang kepada kreativiti sendiri

Cara-caranya:

Base
1) Cairkan mentega
2) Blend biskut sehingga jadi serbuk. Masukkan ke dalam mixing bowl dan tuangkan mentega cair dan gaulkan sebati.
3) Sapukan springform dengan mentega.
4) Tuangkan adunan tadi kedalam tin ( springform). Tekan sehingga padat dan simpan ke dalam fridge sehingga keras sedikit.

Filling
5) Panaskan oven pada suhu 180c dengan kaedah waterbath.
6) Satukan bahan-bahan filling dan blend. Masukkan telur satu persatu. Blend hingga adunan kembang dan sebati.
7) Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang berisi base biskut tadi dan hentakkan sedikit supaya angin keluar sedikit.
8) Balutkan springform dengan aluminium foil.
9) Masukkan springform pan kedalam mangkuk berisi separuh paras air panas tadi dan bakar selama 1 jam.

Topping
10) Pukul bahan-bahan topping sehingga sebati dan gebu. Tuangkan ke atas cheesecake yang telah dibakar tadi. selepas itu, bakar lagi selama 10 minit.

11) Keluarkan kek dan biarkan sejuk.
12) Masukkan ke dalam fridge sekurang-kurangnya selama 4 jam sebelum dipotong.
13) *Taburkan serbuk koko

Siap untuk dihidangkan!! :d

em, berdasarkan gambar, koko aku tabur banyak sangat. hehe.
So, Jangan tabur banyak sangat. sebab serbuk koko pahit.

Selamat mencuba kepada yang ingin mencuba!! (^^,)









Monday, December 6, 2010

Dunia sudah Tua! Nyanyuk!

" Akademi Fantasia"
" Jangan Lupa Lirik"
" Mentor"
" Kamilah bintang"
Apakah dalam fikiran anda apabila disebut nama-nama realiti program tersebut?
Semestinya Artis, glamor, menyanyi, menari, ada rupa, ada bakat etc..

Dunia... dunia.. kau sedang mengikuti peredaranmu seperti bumi yang sentiasa berputar dan beredar pada paksinya. Dan pasti akan kembali pada tempat asalnya, dimana 'starting point' nya berada.

Di zaman manakah kita berada sekarang?
Akhir zaman bukan? semua orang pun sedia maklum. Baik muslim ataupun tidak, bahawa dunia ini sudah tua! sudah tua!
Semakin tua, semakin nyanyuk! Bila nyanyuk, Kelakuan juga berubah. Pelik! tapi pelik itu, biasa bagi kita. sudah menjadi biasa! Melihat pada kaca mata biasa, menjadikan kita berpandangan biasa!

Sedih sangat-sangat menonton persembahan anak-anak kecil itu.
Mereka masih kecil. Kenapa diperlakukan seperti kamu, orang dewasa..??
Terserlah keinginan, semangat yang membara pada mata mereka untuk mengejar dunia hiburan. Menyanyi, menari bagaikan memahami erti hidup. Lagu cinta, lagak jiwang.
Geli-geleman aku tengok. Mereka masih kecil. Comel...seorang yang masih layak digelar comel.
Tapi lihatlah.. dimana pergi kecomelan yang harus mereka miliki pada usia itu?
Yakin kah anda langkah kecil itu, tidak memberi kesan pada masa akan datang?

Kenapa dunia hiburan menjadi pilihan?
Ibu bapa, dimanakah peranan anda? Membiarkan si kecil itu melangkah seiring dengan peredaran zaman yang jelas ke-'biasa'annya? Sebaliknya, kamu bangga dengan langkah itu.
sehinggakan yang ketinggalan mengikuti langkah itu, dikatakan pelik, terasing dari sisi dunia.

Benarlah kata Rasulullah SAW.
Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Islam itu bermula dalam keadaan asing. Dan akan kembali asing. Maka, beruntunglah mereka yang menjadi asing. (HR Muslim)

Terasingkah kita di zaman ini? Gembira kah kita mendengar apabila dikatakan "Low profile"?
Kalau ya, maka kita antara yang beruntung seperti yang dikatakan Baginda SAW.

Lek lu.. rilek2 suda.. (oke, terngiang2 di telinga perkataan itu)
Perlukah aku menjadi seorang yang rilek dizaman kekecohan ini?
kecoh ke? anda nampak kekecohan?
semuanya tersembunyi. Kekecohan, porak-peranda, peperangan telah pun bermula wahai umat nabi Muhammad s.a.w...
Lihatlah dunia! Buka matamu!
Aku juga seperti kamu. Kita sama. Tapi kita perlu berubah!

Berubahlah ke arah kesempurnaan, meskipun tidak akan mencapai kesempurnaan.
Andalah orang yang luar biasa, jika berjaya membuat perubahan.
kerana perubahan itu adalah sesuatu yang paling susah daripada susah.

Semoga perjalanan hijrah kita sentiasa dibawah bimbinganNYA serta usaha ke arah kebaikan diberkati Allah SWT. Amin..

Salam Maal Hijrah 1432 :) Selamat berjuang untuk kehidupan yang baru dan sentiasa diperbaharui ^^
mUch Love!


" Ya Allah, jadikanlah kami orang yang suka mengaji dan mengkaji Al-quran. Bukan orang yang suka menari dan menyanyi.."