Sunday, January 30, 2011

AKU INGIN BERUBAH

Aku ingin berubah..
kerap kali hati ini menjerit...
AKU INGIN BERUBAH!

Ya Allah....
inikah hidayah MU..?
Setiap kali ia terdetik..
setiap kali itu
hati ini berbisik..
bahawa aku tidak akan mampu..

Kenapa ya Allah..
Betulkah aku tidak mampu?
Pernah ku gagahi..
tapi ia kembali pada yang asal..
fitrah ku begini kah?

Aku dipandang manusia sebagai yang mampu..
Tapi aku cuma seorang manusia lemah...
lemah menghadapi godaan dunia..
Seringkali aku mengharap kekuatan yang muncul
Namun aku juga tahu ia takkan muncul tanpa di cari..
Tapi mengapa hati ini tetap berdegil ya Allah?

Andai sudah tiba masa ku menghadapMu ya Allah..
Jangan kau palingkan wajahMu dari melihatku
Kerana aku juga sering mengharap cintaMU...

Saturday, January 29, 2011

Ekspedisi mendaki Gunung Angsi

28-29/1/2011

I'm having challenges fun before holiday!
seronok sangat2.. walaupun mencabar keperempuananku..
28 hb tiba di Ulu Bendul, bermalam kat situ dan tidur dalam khemah.
I luv it! Just like a camp fire.. ada unggun api. First time pulak kem tanpa benda2 yang skema dengan bunyi2 arahan.

ni gambar baru lepas siap pasang khemah

29 hb mulakan ekspedisi mendaki pukul 9.30 pagi dengan berbekalkan 2 air botol mineral, chocolate cadburry kecik, mentos, 2 bungkus roti krim gardenia.
Kalau dibandingkan dengan gunung Santubong yang aku naik sebelum ni, gunung Angsi lagi mencabar.. bukan sebab ketinggian, tapi jalannya yang agak licin..tambah2 pulak masa tu hujan.huh. Alhamdulillah nasib baik selamat.
Kalau nak tau..Gunung Santubong ketinggiannya 810m.. Gunung Angsi 825m..
wow!
I like it! lepas ni nak naik yang lagi tinggi XD

Yang kelakarnya..dah dalam setengah jam nak sampai puncak..ada pulak handphone aku berdering.. Datul calling ajak pergi Mines. hua hua hua~ adoiyai..

Sampai puncak 3 jam lebih..dan.. hujan dengan tiba2 nya. Sejuk pulak. Tapi yang syok nya... seronok tengok asap keluar dari mulut. Perasan macam kat luar negara la kan.. :P






dah turun gunung, mandi kat air terjun..
Suka air terjun! :D

ehem2..oke, why I love hiking??

sebab jalannya umpama hidup ini..
berliku2.. Licin dan sukar dilalui.
Kadang2 kita terjatuh disebabkan silap langkah, tersilap pilih jalan yang selamat..
Tapi perjalanan tetap diteruskan untuk menuju puncak..
Kerana puncak itu adalah lambang kejayaan kita..
hasil pengorbanan dan berkat kesabaran dalam menempuhi perjalanan yang sukar.
Menuruni gunung lebih mudah dari mendaki..
Kerana dalam hidup ni, amat mudah jika mahu jatuh...
Tapi untuk berada di puncak kejayaan pengorbanan amat diperlukan.
Apabila berada di puncak terasa berat untuk turun...
kerana tiada siapa mahu berada dibawah apabila telah berada di atas..
Namun orang yang berjaya, perlu juga melihat ke bawah untuk tidak merasa sombong dengan nikmat yang Allah berikan :)




Sunday, January 23, 2011

Simbiosis diantara kita.

Nak cerita suatu kisah...yang diceritakan oleh lecturer psychology aku..

Di jepun..
Ada 1 bangunan yang memang menjadi tempat pilihan untuk orang membunuh diri dengan terjun bangunan tersebut.
Dan disebelah bangunan tersebut.. terdapat satu kedai makan yang pemilik nya adalah seorang bekas polis..
Tujuan dia buka kedai kat sebelah bangunan tersebut adalah untuk menarik orang yang berniat untuk membunuh diri. Bila ada yang kelihatan seperti hendak membunuh diri, pemilik kedai makan tersebut akan menarik orang tersebut dengan membelanja dia makan dan mengajak dia berbual.

Apabila ditanya kepada dia, "apakah perasaan anda apabila berada di atas ketika sebelum terjun bangunan?"

Kerap kali jawapan yang diterima adalah....
"Takde ke orang yang nak tolong halang aku...?"



So...uh. Got the point??
Jangan sangka.... orang yang berniat untuk berbuat sesuatu yang jahat itu masih cekal dengan keputusannya.
Jangan sangka.... orang yang berubah sikap secara tiba-tiba itu tidak memerlukan teguran dari seorang yang prihatin.
Jangan sangka.... orang jahat dan samseng sekalipun tidak memerlukan kasih sayang.

erm... point aku sebenarnya...
Tolong ingatkan aku, tolong teguri aku jika aku mula berubah dan semakin lalai dengan keindahan dunia.. Y_Y

I need u. really need you.

Friday, January 21, 2011

Lupa cara untuk ketawa.

tetiba rasa hidup semakin bosan..
Everything is getting boring or me?
huh.
bosan! bosan! bosan!

Lupa cara untuk ketawa.
sangat merindui gelak ketawa sendiri..
nak gelak! nak gelak!
HA HA HA HA HA!
:'(
tolong bukak topeng ini..
penat.....

Hidup semakin berubah.
huh. DULL!

Wednesday, January 19, 2011

Jadi lebih dari diri sendiri

Perlukah kita jadi berkepimpinan?
Kadang-kadang kita melibatkan diri dengan macam-macam aktiviti..
Tengok2 balik..renung2 balik.. 'aku ni selalu berada di atas, bwh ke tengah??'
*Asyik-asyik AJK tugas2 khas..*

Takut tak mampu? malu untuk menonjolkan diri? takut dipersalahkan? Macam tak layak...?
Itulah ayat2 yang sering menjadi 'INHIBITOR' dalam diri...
Sampai bila nak jadi orang yang hanya mendengar arahan?

Kadang-kadang kita perlu JADI LEBIH DARI DIRI SENDIRI
perlu PINJAM WATAK ORANG LAIN, untuk membentuk watak baru dalam diri..

Peluang sering datang, tapi sering juga dilepaskan...
Bila dah berlalu meninggalkan kesan sesal..
Bila dapat, harus dihargai!
Biar apa pun bunyi2 yang kedengaran..
yang penting cuba yang terbaik.
Kerana dalam diri setiap orang itu, ada keistimewaan yang perlu dicungkil
YOU'll NEVER KNOW UNTIL YOU TRY ;)

'The most satisfied thing in life is doing something people think you can't do, and you may think you can't but you always TRYING THE BEST for it!'- Nisa :)

p/s: Renungi dan hayati kepimpinan Rasulullah saw serta tokoh2 islam terdahulu

-Leteran untuk diri sendiri-

Monday, January 17, 2011

'what I think about you'

wee~update..update...
tau tak permainan 'what I think about you' yang menjadi kegilaan di facebook beberapa minggu lepas??
ayatnya berbunyi..
"INBOX me any number between 1and 5000 and I'll make my status your number and what I think about you. Fun thing is, only you and me know what your number is. So, it will be our secret..shhh~"
He he he.
Aku tak main. Tapi aku ada la..hantar nombor ke beberapa orang kawan aku yang busy main benda ni.

Dan jawapan-jawapan mereka adalah...

1989-u're the most childish girl i ever meet but i luv u for who u are..cuz u bringing d joy and laughter in our group..well,we always make fun of u right but u didn't rake it for granted..thats wat i luv bout u..and lastly,shud i call d police???hahahaha!

wahhhh 4567 - uit!!!!lamak sik dgr cita!ku knl nya towk ms kat matrik gik.adui,alu windu tros dgn KML.hu3.mek duak 1 tutorial jak.H4T29..ceh,ingt juak.geng2 dok belakang eyh kita towk.mcm2 kenangan dolok.mok polah keja kursus english.ingtku gik,nya jd host pakey interview si pes.semangat ada kita practice berlakon tym ya.practice mlm2 dekat dgn MP.sanggup na juak.mcm2 eyh...hehe

417:::heee...ak knl msa kat mtrix dlok.1 miri ngn ak....haha...org nya bait....sgala sempurna..hahahaha.....nektok dh xjumpa..sbb msg2 ikot haluan masing2....hua....ntah bla la kta blh jmpa gik..heee...




Hua hua hua. aku tak reti nak copy directly dari page fb. So, hanya ayat2 yang dapat di copy dan nama-nama pengomen dirahsiakan oke.
Dan begitulah pendapat mereka mengenai aku.........
Begitukah aku?? he he he.
Its up to you! Keadaan persekitaran dan pengaruh orang sekeliling juga boleh mempengaruhi sikap kita kan? ;)

Tuesday, January 4, 2011

Muka ketat, jawapan kelat..Jangan duduk di kaunter itu!

Jika anda tidak reti berkomunikasi dengan baik dan professional, Sila jangan duduk di Kaunter. Tugas anda adalah untuk menjawab setiap pertanyaan walau remeh sekali pun dengan professional.

Jawab dengan nada yang sederhana, dan kata2 yang tidak membuatkan orang menyesal bertanya.
Sila fahami..posisi anda, kerusi yang anda duduk itu..anda berada di kedudukan yang menjadi harapan orang yang memerlukan jawapan.

Kalau dah muka pun ketat, jawapan pulak kelat...kamu sila cari kerja lain oke..

p/s: budak tadika pun pandai jawap dengan baik walaupun tak tepat...