Assalammualaikum dan hai!
Lama dah tak update blog. hehe. minta maaf semua. Bukan kerana busy tapi malas. (bajet ada pembaca setia) hakhak. For your information, I'm going to delete this blog and move to another new one. yeah. Ini kali.. memang benar. (walaupun tak buat lagi). walauapapun, blog tersebut harapnya lebih bermanfaat kepada semua tanpa gangguan emosi negatif dari si penulis. Hopefully. :)
Hidup harus ada input dan output. Itulah konsep sistem yang sempurna. Jumpa lagi! :))
| |::HurT_n_HearT::| |
.....Tulisan ini Suaraku.....
Monday, October 22, 2012
Wednesday, April 11, 2012
Sunday, March 25, 2012
Friday, March 23, 2012
I love them..fillah! :D
"Ya Allah..bukan aku mahu merungut atas ujian ini..
Tapi ya Allah.. ku mohon Engkau tabahkan lah hati ku untuk terus kuat..
Hadirkanlah aku seorang teman yang sentiasa ikhlas mendengar..
Seorang yang menenangkan bukan menambahkan lagi beban di hati..
Seorang yang menasihati bukan mengasihani..
Seorang yang boleh dipercayai dan juga mengingatkan aku dikala aku lupa.
ameen.."
Sebelum kaki ini menjejakkan kaki di sini..
Aku berdoa setiap hari supaya mempunyai kawan2 yang baik2..
yang dapat membimbing aku didunia dan akhirat..
dan menyayangi aku keranaMU..
dan..
Doa itu termakbul..
Alhamdulillah..
Cuma.. kadang2 hati ini meragui.
Maafkan aku.
Mungkin aku yang silap..ya, aku sentiasa tak pernah jauh dari kesilapan.
maaf.
"..Kadang2.. kita tak pernah cuba memahami orang yang dekat dengan kita, Tapi kita lebih suka memahami orang yang jauh dengan kita.. hanya dengan gelak ketawa, tak cukup untuk mengikat..ianya cuma mampu mempertahankan tanpa hati yang ikhlas."
I love all my friends... fillah! :')
Sunday, March 18, 2012
I care too much.
Oh belog ku..
Kau kian menjadi diari ku..huhuk
Nak cakap nak luah, tapi tak tahu pada siapa..
Pada Allah..semestinya..
Tapi aku juga perlu manusia..
Tapi manusia takkan pernah faham.
Biar mengalir air mata sekalipun.
Takkan pernah betul2 faham.
Oh, aku punya masalahkah?
Bukan masalah aku..
Tapi..
The problem is....
I CARE TOO MUCH.
Risau. kerana aku sayang.
Moga suatu hari nanti semuanya akan baik2 saja..
InsyaAllah..
Allah Maha Mendengar :')
Al-Quran yang berdebu.
Tersentuh hati saat terpandang Al-quran itu..
Berdiri kemas di suatu sudut...
Ya Allah...
Debu2 melitupi di badannya..
Hati ini betul2 tersentuh..
Tuan mu lupa akan kamu..
Rumah yang dihiasi dengan maksiat yang dianggap biasa..
Debu apa kah yang menutupimu wahai kitab Allah..?
Ku capai ia..
Ku sapu debu2 di badannya..
Lantas di selak isi2nya..
Sungguh hati ini Allah yang tahu...
Surah Ar-Rahman jadi pilihan..
Ku akhiri pertemuan kita dengan ciuman dikulitmu..
Jauh di sudut hati..
Doaku moga tuanmu akan membelaimu suatu masa nanti..
Ameen..
:')
Saturday, February 25, 2012
Budak kecil bukan hamba!
Semasa makan di KFC, tiba2 ada seorang budak lelaki pakai kopiah datang dengan sejumlah buku yasin di tangan..
Budak: Kak, nak beli? (muka innocent)
Saya: hurm.. dek, siapa yang suruh adik jual ni?
Budak: Mak..
Saya: Oh, mak kat mana sekarang?
Budak: Kat Hospital.. sakit..
*Rasa curiga*
Saya: Kawan2 lain mana?
Budak: Ada kat bawah..
*saya makan di KFC tingkat atas*
Saya: ohh.. dorg buat apa?
Budak: Jual ni jugak..
*Mengeluarkan duit kertas*
Saya: Nah, duit ni untuk adik k.. akak bagi, tapi akak tak beli ni.. *sambil memasukkan duit tersebut ke dalam poket budak tu*
There you go!
Jawapan yang mula2 tu..mungkin cuma jawapan yang di ajar kepada mereka untuk menjawab bila ditanya. So, saya sengaja bertanya soalan mengenai kawan2 dia.
Kesian sangat tengok budak tu..muka dah la innocent. Kenapa ada orang yang sanggup suruh budak2 kecik macam ni merayau2 jual barang? Oke.mungkin cara halal dah. Tapi mereka masih kecik. Nampak macam lingkungan 5-7 tahun.. tak patut la dibiarkan buat keje macam ni kan..
kesian.. umur macam ni kalau adik2 kita, dah pergi sekolah dah.. petang2 plak, main.. muka pun nampak ceria.
Macam budak tu.. dah tak ada sinar ceria kat wajah.
Macam budak tu.. dah tak ada sinar ceria kat wajah.
Harap2 kerajaan ambil tindakan yang sepatutnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)