Sunday, October 24, 2010

MULUT YANG HARUS DIAM.

memang kadang2 kita perlu lebih diam.
bila mulut berpotensi mencederakan hati orang lain.
kerana hati orang itu lain2.
siapa sangka yang hu ha hu ha bersama kita itu boleh terasa.
bila mulut mengeluarkan perkataan.

tapi diam itu keruh.
penat menjadi yang lain.

it's oke as long as no one been hurt.
better senyap dan senyum sahaja =)


T_T

Monday, September 6, 2010

A day with heart story =)

weehaa~!
i'm home. miri i luv u!
Tmn Bumiko i mish u!
nak ceghita monolog hati aku while on the way. on the air. in the flight.
em.. masa dalam flight aku dok tepi tingkap. the seat i always love.
sepanjang perjalanan, aku baca novel islam Abu Bakar sahabat sejati.
tears falling down. tak dapat nak control. nasib baik orang sebelah tidur.
saya memang sensetip! lebih2 lagi bila ceghita yang berkaitan dengan kekasih Allah.
hati semakin sensetip bila merenung ciptaan Allah di luar tingkap.

Monolog yang penuh Hurt n heart:
ya Allah..sungguh kerdil diri ini.
Engkau maha Pencipta. Aku hanya dicipta.
Engkau maha bijaksana. mencatur alam ini dengan begitu sempurna. Tiada cacat celanya.
Engkau maha pemurah. Membahagikan rezeki dengan adilnya.
Engkau maha Pencinta dan aku hanya harapkan cintaMu.
Sungguh mulia akhlak kekasih Mu..menyentuh hati ini. menerbitkan rasa cinta.
semoga aku dapat bertemu dengan mu ya Rasulullah..terlalu ingin menatap wajah insan mulia yang sangat mencintai kami.
moga air mata ini terus subur mengalir dengan kalimah " aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah"
ya Allah bimbinglah hati ini untuk terus tetap di jalanMu..
aku tidak mampu menjadi seperti sahabat2 nabi yang besar pengorbanan nya untuk islam..tetap cintanya terhadap kekasihmu.
maka bantulah aku ya Allah...sedarkan aku dari lamunan duniawi...T_T

sedar tak sedar dah sampai Kuching. transit for 45minutes.
again! nanges lagi. waarghh~ sensetip day 4 me!
persinggahan sebentar di kuching mengingatkan aku pada kenangan 5 tahun di kuching.
tempat dimana sebahagian dari sejarah hidupku diukir. jatuh bangun yang manis.
last day menamatkan 5 tahun di kuching, airport kuching menyaksikan tangisan perpisahan.
dan hari ini. airport kuching menyaksikan tangisan memoriku.

syukur pada mu ya Allah atas indahnya perjalanan hidupku..jatuh bangun yang manis. menjadikan aku menyukai pahit. =)

p/s: tengah menconteng tulisan buwok ini di lappy, my little sister, Insyirah give a suprise to me and my sister yang baru balik dari KL flight malam. vely2 sweet...i reaalllyy appreciate it! lukisan berceghita by syirahhandmade. gonna upload it soon. ^___^







Thursday, September 2, 2010

Antara 2 cinta

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap barukan terasa
Bila hilang...

Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta

Hanya cinta-Mu
Ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh

by: Nazrey Johani

p/s: lirik yang sangat menyentuh hati. mendalam dan penuh makna..especially the last part T_T

Friday, August 27, 2010

SAVE PALESTINE! Do something!

Mendengar ceramah mengenai Gaza semalam menyuntik semangat aku untuk berbuat sesuatu untuk islam. Penceramah tersebut adalah sukarelawan yang bersama-sama dengan angkatan Mavi Marmara. Program ini diadakan sempena bulan memperingati HARI AL-QUDS SEDUNIA 2010 (8hb-31hb Ogos 2010). Pengisian yang cukup bermanfaat sementara menunggu waktu berbuka.

Aku ingin menjadi seperti salahuddin Al-Ayubi..
Aku ingin menjadi seperti imam Hassan Al-Banna..
Aku ingin menjadi seperti Yusha.. ( pengikut nabi Musa a.s dan pernah menjadi teman musafir Nabi Musa a.s. sewaktu diperintahkan untuk berjumpa dengan nabi Khidir a.s oleh Allah Taala )

Mereka adalah di antara pejuang Baitul Maqdis..
maka benar lah janji Allah bahawa kemenangan akan berpihak pada islam.
Sejarah akan berulang. Gaza pasti dibebaskan kerana dunia sedang mengikuti perancangan Allah yang maha sempurna.

Dari Abi Hurairah ra. bahwa Nabi SAW bersabda, "Tidak akan terjadi hari kiamat hingga kalian (muslimin) memerangi Yahudi, kemudian batu berkata dibelakang Yahudi, "Wahai muslim, inilah Yahudi di belakangku, bunuhlah!" (HR Bukhari dan Muslim dalam Shahih Jami' Ash-Shaghir no. 7414)

Tapi kemenangan itu memerlukan pengorbanan.
Dan pengorbanan itu adalah melakukan sesuatu yang lebih daripada mampu.
'kita student tak mampu nak buat apa2..duit pon tak banyak..doa jela.."
Adakah ayat tersebut betul-betul tepat bagi anda?
sila review perbelanjaan seharian anda..ketika anda membeli-belah di shopping complex.
KITA SEBENARNYA MAMPU!
betapa malunya diri ini..T_T
membiarkan saudara sendiri menghadapi kesusahan, padahal diri sendiri sedang asyik menikmati dunia.
Islam itu pasti menang jika bersatu.
bersatu dengan berpegang dan yakin pada kalimah 'LAILLAHAILLALLAH,MUHAMMADURRASULALLAH'


marilah sahabat sekalian..sama-sama kita menyumbang untuk islam.
penyumbangan dari segi kewangan, masa, dan apa-apa yang anda masih mampu lakukan dengan anggota badan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t =)

RM0.50 satu hari pun sudah memadai..30 hari= RM15-->sangat minimum bagi kita sebagai student. jika dibandingkan dengan harga pakaian yang anda pakai, masih jauh perbezaannya bukan?mulakan sedikit demi sedikit untuk memupuk semangat cintakan islam.
peringatan untuk diri sendiri yang sering lupa..
moga bermanfaat ^___^


Akaun untuk sumbangan: 551575-004299 (MAYBANK BERHAD)


Saturday, August 14, 2010

SENYAP.

segalanya senyap.
senyap tapi penuh bicara.
suara tanpa kata.
kata tanpa bunyi.
biarlah mata jadi mulut.
karna mulut tlah dikunci.
mata, sila senyap!
seperti si mulut yang sudah penat.

p/s: otak sila mentafsir. karna tulisan ini hatiku. (^____^)

Friday, July 23, 2010

Uhibbuka Fillah....=)

Bangun pagi lepas solat subuh.
still sleepy!
ingat nak sambung tdo balik..
bunyi mesej kat hp wat tdo aku t'bantut..
but, honestly my fren..bila aku baca mesej tersebut.....aku T_T
this text really touching my heart..
dan aku pon terfikir..masa yang sesuai nak bagi msej2 touching camni semestinya di pagi hari..
sebelum kita memenuhi hari yang bakal ditempuh dengan kebijaksanaan iman masing2..

the text message:
" Dirimu terhias sebagai sebaik2 ciptaan..maka jadikanlah dirimu Nisa' yang boleh menjadi mujahidah, jihad di jalan Allah..jadikanlah dirimu antara fatayat yang dijulang. Cantik dipandang, tetapi susah untuk dipegang. Jadikanlah dirimu gadis manis yang tidakpernah kalah dengan redup panahan mata Adam. cinta remaja kau pinggirkan demi amanah Tuhan. Kalimah 'La taqrobu zina' jadi pegangan.. hanya putera yang terpancar dalam istikharah sebagai jodoh akan mendapat cintamu kerana Allah..dijalan halal dia memimpinmu, demi mencari redha illahi.."

indahnya persahabatan yg dibina atas jalanNya..saling ingat-mengingati menjadi rutin hidup.
aku bukanlah seorang manusia yang kuat ibadah..tetapi lemah imannya.
dan bukanlah terlalu soleh..
dan aku..perlukan ayat2 cinta dari seorang sahabat...
maka satu janji Allah yang aku pegang..
sabda Rasulullah s.a.w:
Antara 7 golongan yang akan mendapat perlindungan Allah, saat dimana tiada perlindungan melainkan perlindunganNya, adalah 2 sahabat yang berkasih sayang kerana Allah. Bertemu dan berpisah keranaNya..

itu yang aku cari..kerana itu aku suka berkumpul bersama mereka yang soleh..biarpun aku kelihatan ganjil disitu..demi mencari kekuatan membimbing hati ini di jalanNya..
Uhibbuka fillah..=)