Friday, December 10, 2010

Anak kucing yatim piatu.

Meow Meow..
Entri ini tentang anak kucing yang tiada ibu.
kalau nak diceritakan mengenai holiday aku.
semuanya biasa sahaja. mungkin tidak semenarik cuti anda.
Tapi, ada banyak benda 'first time' yang aku dapat buat dan bakal menjadi pengalaman yang sangat bererti buat aku.

ok, berbalik kepada cerita anak kucing yatim piatu tadi.
Aku ambil meow2 tersebut di rumah nenek. sebab kesian kat nenek. Dah tua-tua kena jaga anak kucing, dah la anak manusia pun dia jaga. tak sanggup tengok dia jadi baby sitter and cat sitter sekali gus.

Kucing2 tu telah kematian ibu semasa mereka masih lagi perlu menyusu. KESIAN SANGAT3x T_T
Umur baru beberapa minggu. Merengek2 bagai tangisan bayi manusia. Adus! Bayangkan..dengar tangisan bayi pun kita dah kelam-kabut.
Haa..macam tu lah aku rasa bila 'bayi2' itu menangis. Aku ni dah kira macam mak la ;) LOL!
Rushing buat susu. Nak susukan pulak sangat susah. Aku guna picagari. tu pun nampak macam menyakitkan mulut dorg. Tambah pulak mencabar dengan bau-bau hancing. Nak bersihkan lagi satu hal. erm... Tapi, bila tengok mereka yang sangat2 comel itu, segala kesusahan sanggup diharungi. aiseh! macam tu kot perasaan seorang ibu.

sedih tengok badan dorg menggeletar. Tambah pulak bila basah. Bunyi rintihan macam sedih. Kalau kita sendiri pun, dah besar2 ni masih perlukan belaian seorang ibu..apa lagi anak2 kucing tu :'( Aku cuba letak botol suam berbalut tuala kat tepi, sedih tengok dorg berebut2 menggesel badan kat botol tu.Hisap kat tuala. Umpama merindui badan si ibu kucing.

Aku tau, mungkin suatu masa nanti aku harus bersedia dengan kekecewaan. huhu. Tak sanggup lagi kehilangan kucing! Sedey..Setelah banyak kali sedih dan kecewa dengan kematian kucing, aku dah tak pelihara kucing. Tapi kali ni, kena jugak. Kalau dibiarkan, kang jadi pembunuh pulak kan..Aku Memang Pencinta Kucing!

Mudah-mudahan sempat tengok kucing2 tu membesar. Ouh, lupa nak tulis. baby2 tu ada 4 ekor. nama.. LuLu, Cici, Dodo dan MetO :) hihi. Aku cop MetO. Adik-adik aku yang selebihnya.

Jaga anak kucing yang tiada ibu memang sangat2 mencabar. Kena bagi susu setiap 2-3 jam. Nasib baik google2 jumpa gak info yang membantu. Nak info lebih tangok page ni


dan anda juga boleh bertanya pada doktor veterinar di


Semoga usaha yang dibuat tak sia-sia. Lebih-lebih lagi pada pandangan Allah.




Wednesday, December 8, 2010

New York Cheese Cake!

wee~~
Another cake made by me..!





























New York Cheesecake!
or.. should I change it into Miri Cheesecake? hehe.
sebenarnya memang ada banyak versi resipi-resipi kalau kita google.
Oleh itu, sebagai saya.. saya hanya memilih resipi yang 'simple and easy' :)
oke, mari mulakan..

Bahan-bahan ( untuk 10 orang) :

For the crust (base)
  • 200 gm digestive biscuits / biskut Marie
  • 75 gm Mentega - dicairkan
Cheesecake filling
  • 800 gm cream cheese- keluarkan dari fridge 2 jam awal sebelum mulakan untuk mendapatkan texture cheesecake yang menarik.
  • 170 gm gula kastor
  • 4 biji telur penuh
  • 3 biji kuning telur sahaja
  • 2 camca teh esen vanilla
  • 1 1/2 camca besar jus lemon
Topping
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 300 ml sour cream
  • 20 gm gula kastor
  • * serbuk koko- untuk hiasan
* Terpulang kepada kreativiti sendiri

Cara-caranya:

Base
1) Cairkan mentega
2) Blend biskut sehingga jadi serbuk. Masukkan ke dalam mixing bowl dan tuangkan mentega cair dan gaulkan sebati.
3) Sapukan springform dengan mentega.
4) Tuangkan adunan tadi kedalam tin ( springform). Tekan sehingga padat dan simpan ke dalam fridge sehingga keras sedikit.

Filling
5) Panaskan oven pada suhu 180c dengan kaedah waterbath.
6) Satukan bahan-bahan filling dan blend. Masukkan telur satu persatu. Blend hingga adunan kembang dan sebati.
7) Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang berisi base biskut tadi dan hentakkan sedikit supaya angin keluar sedikit.
8) Balutkan springform dengan aluminium foil.
9) Masukkan springform pan kedalam mangkuk berisi separuh paras air panas tadi dan bakar selama 1 jam.

Topping
10) Pukul bahan-bahan topping sehingga sebati dan gebu. Tuangkan ke atas cheesecake yang telah dibakar tadi. selepas itu, bakar lagi selama 10 minit.

11) Keluarkan kek dan biarkan sejuk.
12) Masukkan ke dalam fridge sekurang-kurangnya selama 4 jam sebelum dipotong.
13) *Taburkan serbuk koko

Siap untuk dihidangkan!! :d

em, berdasarkan gambar, koko aku tabur banyak sangat. hehe.
So, Jangan tabur banyak sangat. sebab serbuk koko pahit.

Selamat mencuba kepada yang ingin mencuba!! (^^,)









Monday, December 6, 2010

Dunia sudah Tua! Nyanyuk!

" Akademi Fantasia"
" Jangan Lupa Lirik"
" Mentor"
" Kamilah bintang"
Apakah dalam fikiran anda apabila disebut nama-nama realiti program tersebut?
Semestinya Artis, glamor, menyanyi, menari, ada rupa, ada bakat etc..

Dunia... dunia.. kau sedang mengikuti peredaranmu seperti bumi yang sentiasa berputar dan beredar pada paksinya. Dan pasti akan kembali pada tempat asalnya, dimana 'starting point' nya berada.

Di zaman manakah kita berada sekarang?
Akhir zaman bukan? semua orang pun sedia maklum. Baik muslim ataupun tidak, bahawa dunia ini sudah tua! sudah tua!
Semakin tua, semakin nyanyuk! Bila nyanyuk, Kelakuan juga berubah. Pelik! tapi pelik itu, biasa bagi kita. sudah menjadi biasa! Melihat pada kaca mata biasa, menjadikan kita berpandangan biasa!

Sedih sangat-sangat menonton persembahan anak-anak kecil itu.
Mereka masih kecil. Kenapa diperlakukan seperti kamu, orang dewasa..??
Terserlah keinginan, semangat yang membara pada mata mereka untuk mengejar dunia hiburan. Menyanyi, menari bagaikan memahami erti hidup. Lagu cinta, lagak jiwang.
Geli-geleman aku tengok. Mereka masih kecil. Comel...seorang yang masih layak digelar comel.
Tapi lihatlah.. dimana pergi kecomelan yang harus mereka miliki pada usia itu?
Yakin kah anda langkah kecil itu, tidak memberi kesan pada masa akan datang?

Kenapa dunia hiburan menjadi pilihan?
Ibu bapa, dimanakah peranan anda? Membiarkan si kecil itu melangkah seiring dengan peredaran zaman yang jelas ke-'biasa'annya? Sebaliknya, kamu bangga dengan langkah itu.
sehinggakan yang ketinggalan mengikuti langkah itu, dikatakan pelik, terasing dari sisi dunia.

Benarlah kata Rasulullah SAW.
Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Islam itu bermula dalam keadaan asing. Dan akan kembali asing. Maka, beruntunglah mereka yang menjadi asing. (HR Muslim)

Terasingkah kita di zaman ini? Gembira kah kita mendengar apabila dikatakan "Low profile"?
Kalau ya, maka kita antara yang beruntung seperti yang dikatakan Baginda SAW.

Lek lu.. rilek2 suda.. (oke, terngiang2 di telinga perkataan itu)
Perlukah aku menjadi seorang yang rilek dizaman kekecohan ini?
kecoh ke? anda nampak kekecohan?
semuanya tersembunyi. Kekecohan, porak-peranda, peperangan telah pun bermula wahai umat nabi Muhammad s.a.w...
Lihatlah dunia! Buka matamu!
Aku juga seperti kamu. Kita sama. Tapi kita perlu berubah!

Berubahlah ke arah kesempurnaan, meskipun tidak akan mencapai kesempurnaan.
Andalah orang yang luar biasa, jika berjaya membuat perubahan.
kerana perubahan itu adalah sesuatu yang paling susah daripada susah.

Semoga perjalanan hijrah kita sentiasa dibawah bimbinganNYA serta usaha ke arah kebaikan diberkati Allah SWT. Amin..

Salam Maal Hijrah 1432 :) Selamat berjuang untuk kehidupan yang baru dan sentiasa diperbaharui ^^
mUch Love!


" Ya Allah, jadikanlah kami orang yang suka mengaji dan mengkaji Al-quran. Bukan orang yang suka menari dan menyanyi.."










Sunday, November 28, 2010

Kek Batik Milo :d

kek Batik Milo!
Ouh.. this is the first try and the first cake officially made by me ALONE 8)
he he he.
Oke, resipi nya buk.....

1 bungkus Milo (200 gm)
1/2 Tin susu pekat manis
1 buku Butter ( eg: buttercup, butterlite, farmcows etc.)
1 packet Biskut Marie (1/2 kg)
1/2 tin (tin susu pekat) air

cara penyediaan :

1) Mula-mula cairkan butter dalam periuk atau kuali


2) Bancuh Milo + susu pekat + air

3) Setelah Butter cair, masukkan bancuhan milo tadi
4) Biarkan sehingga bancuhan menjadi pekat dan mendidih. Dah pekat, padamkan api.


5) Masukkan dan gaulkan biskut marie yang telah dipatah 2@3 ke dalam bancuhan tersebut.

6)Pindahkan ke dalam bekas atau loyang. Ratakan dan tekan sehingga serata. Simpan di dalam peti sejuk.

7) siap untuk dimakan. :)


ngee~ :D tak lawa sangat kan? haha. oke la.. 1st try *thumbs up*

*Tambahan: Kacang tanah @ badam dan nescafe..untuk lebih sedap

Thursday, November 25, 2010

YOgurt my Fav!

oke, mau bicara tentang Yogurt??
yumm yumm~ I really LOve yogurt!

Apa itu yogurt?

Yogurt adalah susu yang dibuat melalui fermentasi bakteria. Tapi jangan risau!
Ianya adalah bakteria yang baik iaitu Lactobacillus. Kultur hidup (Bakteria) dalam yogurt boleh menghalang pembiakan bakteria jahat. Bakteria baik ini juga dikenali sebagai probiotik bakteria.
Probiotik bakteria tersebut banyak memberi faedah dari segi kesihatan untuk tubuh badan kita.
Antara kelebihan nya, dapat melindungi usus. Namun, dalam pengambilan yang berlebihan ianya tidak sesuai bagi sesetengah golongan iaitu boleh menyebabkan cirit-birit, alahan dan juga boleh membawa maut. Nutrisi lain yang terdapat dalam yogurt adalah protein, kalsium, riboflavin, Vitamin B6 dan Vitamin B12.

Antara Kelebihan Yogurt?

1) Yogurt lebih mudah dicerna daripada susu kerana kandungan Lactose yang rendah. oleh itu, ianya sesuai diambil bagi orang yang menghidap 'Lactose Intolerance' ( usus tidak dapat menghasilkan enzim Lactase untuk mencernakan Lactose- gula susu )

2) Yogurt membantu menyihatkan usus besar kerana mengandungi Lactobacteria ( Bakteria baik melindungi usus besar) serta menurunkan risiko kanser kolon (usus besar).

3) Meningkatkan ketahanan imuniti badan.

4) Mengelakkan risiko 'vaginal yeast infection' bagi wanita.

5) Merupakan sumber kalsium yang lebih tinggi dari susu. Sesuai untuk perempuan yang telah memasuki fasa menopause.

6) Kaya dengan sumber protein .

7) Boleh menurunkan tahap kolestrol dalam darah dengan merendahkan LDL (bad) Kolestrol dan meningkatkan HDL (Good) Kolestrol.

Yogurt dan kecantikan?
  • Dapat menghilangkan bekas jerawat kerana kandungan zinc di dalamnya. Pilih jenis yang tidak mengandungi banyak lemak dan gula.
  • Plain yogurt dapat digunakan sebagai masker wajah untuk membersihkan kulit muka.
  • Yogurt juga dapat menghilangkan rasa kegatalan pada kulit kepala dengan menyapu pada kulit kepala dan dibungkus selama 15 minit.
  • Untuk mendapatkan tangan dan kuku yang lembut dan kenyal pula, urut tangan dengan Yogurt yang dicampur dengan perahan lemon dan disimpan didalam peti sejuk selama beberapa jam.

Haa.. selamat mencuba!! ^^ mari cantik dan sihat bersama yogurt!

Ini yogurt yang aku buat kat rumah. Instant yogurt brand 'Easiyo'.




Cuma perlu bancuhkan serbuknya kedalam bekas ini..





dan masukkan kedalam bekas ini.. selama lebih kurang 24 jam.


Emm.. yummy! nak lagi sedap, tambah potongan buah apabila siap untuk dihidangkan. (^_*)


Sunday, November 21, 2010

Tell me what is 'CANTIK'.

cantik?
tell me the definition of 'cantik'.
orang cakap cantik itu subjektif.
subjektif. as how we answer it on a paper.
it doesn't have any choices..no A, B, C or D.
just write and write. it comes out from your mind.
totally YOUR mind.

urm..
kenapa cantik itu subjektif?
sebab pandangan orang itu lain-lain.
tapi...
kadang-kadang kita punya pandangan dan pendapat yang sama. right?
dan ianya berpotensi menjadi pandangan majoriti yang mengaburi minoriti.

kalau cantik itu subjektif, kenapa hampir seluruh warga malaysia menyatakan Siti Nurhaliza itu cantik? Lisa Surihani? kenapa bukan Nisa surihati??... :P

Benarkah cantik itu subjektif?
adakah cantik itu cuma 'true' or 'false'?
atau.. give between 1-10?
or calculate using the formula given?
or....fill in the blank?

Ouh..pelizz.....!
explain to me...?
cantik itu perlukah kulit muka yang putih, licin,mulus..
badan yang slim dengan shape yang menarik..
tinggi tanpa kasut tumit tinggi..
hidung yang mancung, kening yang teratur, bibir yang merah bak delima..
( semua ciri2 ini tiada pada aku)

dan nak jadi cantik itu kadang2 menyakitkan.. beauty is pain.
hey.. man! semua korang impikan dapat perempuan yang cantik kan. (jangan tipu!, nanti hidung tambah mancung 1 inch)
seorang lelaki pernah menyatakan: 'cantik pada pandangan Allah itu lebih penting' (lebih kurang camni la ayat belakang dia..ayat depan tak ingat)
oke, I can accept it. but just the words not you.
sekali perempuan cantik lalu, kau pun tertarik kan? kan?

hurm..
sometimes I wish I was her.
she have it all.
kulit cantik, body cantik, otak pun cantik... hati?( itu Allah je yang tau kan)
anyway, 'I am beautiful...no matter what they say..words can bring you down..'
*_*

Oke, konklusi nya..
Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah kurniakan.
Hargai sebelum anda kehilangannya..
Carilah pandangan Allah, usah membuang waktu memburu pandangan manusia..
kerana pandangan Allah itu lebih cantik. DIA menciptakan manusia dengan sebaik-baik ciptaan.
secantik-cantik makhluk..
'kecantikan adalah hak milik setiap insan'
Hargai apa yang anda miliki.
'kerana dirimu begitu berharga' :D






Wednesday, November 3, 2010

winduu laaa~~~!!

BOrriiinng~~
ttba rindu tym study week kat matrik.
bersama roomate2 ku yg sporting..
hurm.. ada masa nye jd gila..
melalak macam xda exam.
tapi bila dah habis exam
melalak versi lain plak.
sambil hentak2 locker.. haha
winduu~~

erina yg gedik suka menghadap cermin lma2..
sylvia yg suka buat bnda pelik2..but owez make me laugh!
bla bosan study, kua cari pasal..haha
huhu. miss ol those moment so much...!
n i miss the old Nisa..
can't I be like that again haa?
huk2~ stuck here.