Thursday, December 23, 2010
Syioknya kena hOn gengster taik manok..
Wednesday, December 22, 2010
huh~ Belog..belog...!
Tuesday, December 21, 2010
Langkah kecil itu berharga ;)
Monday, December 20, 2010
' Homoseksual' semakin berani
Sunday, December 19, 2010
Aku.. " A LOOSER WONDERPET"
Friday, December 17, 2010
Pesan emak...."jaga adik2 k.."
Wednesday, December 15, 2010
Perginya anak kucing yatim piatu..
Friday, December 10, 2010
Anak kucing yatim piatu.
Wednesday, December 8, 2010
New York Cheese Cake!
- 200 gm digestive biscuits / biskut Marie
- 75 gm Mentega - dicairkan
- 800 gm cream cheese- keluarkan dari fridge 2 jam awal sebelum mulakan untuk mendapatkan texture cheesecake yang menarik.
- 170 gm gula kastor
- 4 biji telur penuh
- 3 biji kuning telur sahaja
- 2 camca teh esen vanilla
- 1 1/2 camca besar jus lemon
- 1 camca teh esen vanilla
- 300 ml sour cream
- 20 gm gula kastor
- * serbuk koko- untuk hiasan
Monday, December 6, 2010
Dunia sudah Tua! Nyanyuk!
Sunday, November 28, 2010
Kek Batik Milo :d
Thursday, November 25, 2010
YOgurt my Fav!
- Dapat menghilangkan bekas jerawat kerana kandungan zinc di dalamnya. Pilih jenis yang tidak mengandungi banyak lemak dan gula.
- Plain yogurt dapat digunakan sebagai masker wajah untuk membersihkan kulit muka.
- Yogurt juga dapat menghilangkan rasa kegatalan pada kulit kepala dengan menyapu pada kulit kepala dan dibungkus selama 15 minit.
- Untuk mendapatkan tangan dan kuku yang lembut dan kenyal pula, urut tangan dengan Yogurt yang dicampur dengan perahan lemon dan disimpan didalam peti sejuk selama beberapa jam.
Sunday, November 21, 2010
Tell me what is 'CANTIK'.
Wednesday, November 3, 2010
winduu laaa~~~!!
Thursday, October 28, 2010
Just my thought bout friendship. maybe its not same as yours.. ;)
Sunday, October 24, 2010
MULUT YANG HARUS DIAM.
Tuesday, October 19, 2010
Monday, September 6, 2010
A day with heart story =)
Thursday, September 2, 2010
Antara 2 cinta
Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap barukan terasa
Bila hilang...
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman
Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cinta-Mu
Ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh
by: Nazrey Johani
p/s: lirik yang sangat menyentuh hati. mendalam dan penuh makna..especially the last part T_T
Friday, August 27, 2010
SAVE PALESTINE! Do something!
Dari Abi Hurairah ra. bahwa Nabi SAW bersabda, "Tidak akan terjadi hari kiamat hingga kalian (muslimin) memerangi Yahudi, kemudian batu berkata dibelakang Yahudi, "Wahai muslim, inilah Yahudi di belakangku, bunuhlah!" (HR Bukhari dan Muslim dalam Shahih Jami' Ash-Shaghir no. 7414)
Saturday, August 14, 2010
SENYAP.
Friday, July 23, 2010
Uhibbuka Fillah....=)
Wednesday, July 21, 2010
"Nukleus Cinta"
Friday, July 9, 2010
Jom mind set!
Bila aku 'perasan' kreatif..~
Wednesday, July 7, 2010
rindu zmn skolah rendah....=)
Wednesday, June 30, 2010
nak jadi mcm dia..
Tuesday, June 29, 2010
changes are scary!
Tuesday, May 11, 2010
hati-hati memerhati.
sentiasa ada yang tak kena.
pemerhati itu perlu berhati-hati.
kerana ada yang memerhati.
dan DIA memerhati hati..
lebih tepat dari si pemerhati.
Sunday, April 25, 2010
Bicara Hati.
Berbisik mengusik
Aku gagal mendidikmu
Aku gagal memimpinmu
Aku gagal mewarnaimu
Wahai organ yang ku sanjung..
Engkau adalah raja di dalam diriku
Namun apakah aku harus sentiasa menurutimu?
Ku cuci engkau dengan tangisan suci..
Ku wangikan engkau dengan wangian zikir..
Ku lentur engkau dengan kalimah hak..
Namun engkau sering mengelirukan ku
Aku bukan tawanan mu..
Tetapi engkau..
Akan ku tawan engkau dengan kata-kata pencipta
Akan ku bisikkan engkau dengan kedudukan hambaNya
Akan ku nyanyikan engkau dengan lagu akhirat
Duduklah engkau memimpin yang lain..
Perjalanan ku..
cantik..tersusun..sistematik..indah
Alhamdulillah..
Allah itu perancang yang terbaik
Diselitkan duka dalam suka..
Diselitkan mudah dalam sukar..
Diselitkan indah dalam suram..
Hidup memang tak selalunya indah
Namun ada keindahan di setiap kegundahan
Disaat aku mula jauh..
Kau uji aku agar kembali dekat
Disaat aku jatuh..
Kau bimbing aku agar aku patuh
Disaat aku gembira..
Kau ingatkan aku dengan tarbiyahMu
Sungguh..aku berterima kasih padaMu ya Allah..
Alhamdulillah..^^
Monday, April 19, 2010
Rahsia??
Kenapa aku sering dipertemukan dengan hal sebegini?? Bila difikir2 kan..betapa aku beruntung. Allah nak bagi aku nampak. Allah sedang bercakap kepada aku tentang sabar dan ikhlas. Allah sedang memberi petunjuk kepada ku tentang apa yang aku minta selama ini. Dan Allah sedang mengajar aku erti kehidupan hidup di bumi Allah ini.
Setiap orang yang kita jumpa di dunia ini adalah ujian bagi kita. dan Allah temukan kita dengan dia bukan saja2..ada sesuatu disebaliknya. Ada hikmah yang tersirat. Renungilah setiap pertemuan dengan mata hati. Dan kita sebagai khalifah Allah bukan dilahirkan untuk menghukum tapi mendidik. -Inilah monolog dalaman yang aku jumpa setelah berfikir sekian lama. Selama ini aku bertindak dengan berkias, menyindir. Sampai terniat di hati nak bagi hint kat orang tentang apa yang tersembunyi. Namun..semua itu sia-sia. Ianya lebih kepada bentuk menghukum bukan mendidik. Kalau di hati membenci sikap mungkar itu, kenapa harus menghukum seseorang, sedangkan yang layak menghukum hanya Allah.
Sesiapa yang tidak ada padanya sunnah Allah, sunnah Rasul dan sunnah wali-Nya, maka tiadalah apa-apa kebaikan padanya. Ditanya orang pada saiyidina Ali k.w., “ apakah sunnah Allah?” Saiyidina Ali menjawab, “ menyembunyikan rahsia (misalnya menutup aib orang lain).” Ditanya lagi, “Apakah sunnah Rasulullah?” saiyidina Ali berkata, “Berlemah lembut dengan sesama manusia.” Ditanya lagi, “Apakah pula sunnah wali-Nya?” saiyidina Ali menjawab, “(sabar dalam) menanggung penderitaan.”
Sunday, March 28, 2010
sibuk dengan benda yang patut disibuk.
setelah berlalunya hari jumaat dan sabtu yang sepatutnya menjadi hari kefree-an ku..
namun..tiba2 dapat seruan dari akak usrah pada malam sabtu untuk berliqa' di 'BD'(baitul dakwah)
ingatkan nak datang ikut taklim je.
tapi rupa-rupanya program tersebut perlu bermalam di 'BD'
aku yang tak bawak baju dah kalut.dah la blom mandi..ngee~
tapi takpe.dapat makan nasik colourful kak wan dan lauk pauk yang menyelerakan.
lebih2 lagi makan talam..sangat mengenyangkan.salah satu sunnah nabi yang aku kagumi.
kelebihan makan talam ni(bukan makan talam ye, makan dalam talam) yang aku tahu..
adalah untuk immunity.bila kita makan dengan sahabat2..tangan kita akan mengeluarkan antibody untuk orang2 yang share makan setalam dengan kita.dan kita pun akan dapat gak.
haa..cmna tu??mungkin ada penjelasan yang lebih jelas yang aku tak tau.betapa kurangnya ilmuku..huhuk.
kelebihan lain..of course la..merapatkan ukhwah..
lain lagi..cepat kenyang.dan menjimatkan duit.bagi yang ingin merancang untuk jimat.
Alhamdulillah banyak input dapat dengan pengisian2 yang dibuat..thx Allah kerana aku antara orang yang layak hadir ke majlis ilmu tersebut.
esok nya..kteorg pegi pesta buku kat PWTC.sangat2 sesak.lebih2 lagi hari tu hari sabtu.byk rombongan budak skola.
aku beli buku ust.Haszrizal..murabbi cinta.
sebenarnya nak beli 1 buku ust.Pahrol..'dimana dia di hatiku'
tajuk sangat menarik.tapi masa nak bayar kat kaunter..line sangat panjang.fuh!
sedey..sebab tak dapat beli..hurm..lain kali memang bole beli.tapi tym2 diskaun ni lagi sedap.hee.
oke.esok nya..iaitu hari aku menulis ni.
pagi.selepas breakfast.tiba2 dapat calling dari wani ajak pegi ceramah 'Alexander adalah zulkarnain' kat fakulti pendidikan.
ntah camne hati aku sangat lembut masa tu pun setuju je.
wani cakap tak ramai orang.sangat tersentuh.sedih.
kalau program hiburan bukan main ramai yang datang.
tapi program islamik??apalagi bila dah takde ganjaran merit..hurm..
alhamdulillah..byk hadir ke majlis ilmu minggu ni.
ceramah tersebut sangat bermanfaat.
lepas habis majlis, aku terus beli buku penulis merangkap penceramah tersebut iaitu Muhammad Alexander.'tajuk yakjuj&makjuj dan bencana di sebalik gunung'
dan sempat mintak sign skali.hehe..
masa sebut nama aku.penulis tu cakap..
"khairunnisa'..perempuan yang cantik"eh..aku terkejut.dia silap cakap.hihi.
lps tu dia betulkan.."perempuan yang baik"
aku pun jawab.."amin.."
i luv it when people says the meaning of my name..^^ia umpama doa..moga2 Allah izinkan aku jadi perempuan yang baik selama aku hidup di dunia ni..(^_^)
hobi baru.
new chapter in my life.
hobi baru baca buku.
he he he :D
sekarang ni tengah buat koleksi buku.
lokasi penyimpanan di tepi katil.
harap2 pembelian tak sia-sia.
nak membayar bukan mudah.nama pun bayar.
bak kata dr.hm Tuah rata-rata orang tertekan apabila nak keluar duit untuk bayar.
yup..benda free memang best kan.
tapi kalau ada rasa bersyukur.life is meaningful.
sekarang tengah tunggu biasiswa 'PAMA'..sabar2..
Tuesday, February 9, 2010
aku tak suka??
Aku tak suka dia tengking2 aku
Aku tak suka dia lagak kat aku.
Aku tak suka dia pandang aku macam tu
Aku tak suka dia rendah2 kan aku
Aku tak suka dia wat aku rasa down
Aku tak suka dia wat muka senget kat aku
Banyak sangat benda yang kita tak suka orang buat kat kita kan.
Tapi pernah tak kita terfikir??..terfikir?adakah semua orang suka dengan apa yang kita buat??
Dan adakah semua orang tak suka apa yang kita buat?
Citarasa orang, kesensitifan orang itu lain2.
Selagi dia bergelar orang, maka bervariasi lah orang2 itu
Tapi sebagai manusia biasa kita sentiasa berusaha buat orang suka kat kita.
Walau dengan apa cara sekali pun.
Sampai ada yang sanggup memalukan diri sendiri, semata2 nak bagi orang suka kat dia.
Contoh.celebrities..ada artis yang kita suka n ada artis yang kita tak suka.
Tapi bila difikir2 kan la..knapa nak tak suka dengan artis yang tak pernah pun kita jumpa face-to-face n tak pernah pun cakap kat depan muka dia.
Pelik kan??manusia memang pelik.
Kita dok cakap macam2 pasal artis tu.ada orang cakap artis ni buat ni la…buat tu..sok sek sok sek..
Tapi dia tak pernah pun kutuk kita macam2.nak kenal kita pun xpernah.
Artis tu pulak buat macam2 semata2 nak perhatian.knapa nak perhatian??nak bagi orang sukaa……
Tengok??manusia sememangnya pak sanggup.
Sanggup buat apa sahaja hanya untuk bagi orang suka.
Itu pasal artis.pasal kita yang bukan artis ni??
Amek contoh yang paling senang.
Perempuan..pompuan ni dia memang suka kena puji.pantang puji skit mula upgrade skit.
Tapi bila kena kutuk.kutuk skit, pun upgrade gak..tapi ada sesetengah yang downgrade.
Pompuan ni sanggup buat apa sahaja semata2 nak bagi orang suka kat dia.tak kira la orang tu laki ke pompuan.
Sanggup pakai baju ketat2, seluar ketat2, tudung sekarang pon ada yang ketat.semata2 nak semua mata memandang…(b’ckp mcm aku bgs sgt kn) tapi itu realiti yang telah lama difantasikan oleh penyerang2 pemikiran.
Nampak tak kebodohan manusia yang menjadi pak sanggup?
Padahal kita ini telah Allah jadikan tinggi martabat..dan yg merendahkan nya adalah kita..diri sendiri.
Sebenarnya aku nak cakap pasal bnda lain..takpe.melencong skit.
Okay, ada pepatah mengatakan “we choose how we see people”.
Walau mcmmana pun orang tu.dia suka cakap jerit2, dia suka marah2, dia suka kutuk2 orang, dia suka korek idung depan orang, dia suka ni..suka tu..itu dia punya suka la!he he he.
Kita nak hidup aman kat dunia ni. Cuba pandang, amek apa yang kita suka pada dia.
Tak payah sibuk2 nak fokus dengan apa yang kita tak suka kat dia.kan aman.peace!!:)
If we believe that someone is ruining our life, that belief will make it true for us.
Mungkin nampak macam dia sedang menuju ke arah kebahagiaan kita. Tapi sebenarnya kita yang tengah on the way bcoz…we choose how we see people!
Dia seorang yang berlagak! It’s ok to think like that. But at the point you choose to change….
- Focus on his good points
- Stop judging him..even emphatise a little
Then…the problem will evaporate:)
Bagaimana??there are a thousand possibilities..
a) Dia mungkin akan respon dgn perubahan sikap ko
b) Dia mungkin akan belajar merendahkan diri
c) Dia mungkin akan tidak tunjuk berlagak depan ko lagi(tapi tunjuk kat orang lain plak)
d) Ataupun…ko akan mula menyukai dia..(boleh ke jadik kwn dgn org yg kita xsuka??)sangat boleh….
Bila kita berubah, keadaan akan berubah.it is law! Kita tak payah nak cari sebab kenapa.
Tapi..perubahan, transformasi itu mestilah genuine!asli!
Ko cakap “aku akan cuba berbaik bersabar dengan si fulan..walaupun aku tau dia memang mengades2!
Tapi itu bukan major transformation.
Brapa lama ianya mengambil masa untuk melihat perubahan dia?? As long as it takes you to change.
Why not tinggal kan dia je??boleh..tapi tgk.ko akan balik2 jumpa orang macam tu..it is a law in this universe.
So, in a nutshell..we are each a cause. Our thoughts attract n create circumstances. As we change, we attract different circumstances.
Erm….renung2 kan..dan selamat beramal…:P