Monday, April 19, 2010

Rahsia??

Menyimpan rahsia adalah satu tugas dan tanggungjawab yang amat berat. Malah kadang2 kita diuji olehnya. Mengetahui keaiban seseorang yang tersembunyi di sebalik kebaikan lebih menguji iman kita untuk melaksanakan sunnah Allah iaitu ‘menyembunyikan rahsia (misalnya menutup aib orang lain)’..apatah lagi kerana keburukan yang diketahui memburukkan kebaikkan yang terserlah pada diri seseorang tersebut.

Kenapa aku sering dipertemukan dengan hal sebegini?? Bila difikir2 kan..betapa aku beruntung. Allah nak bagi aku nampak. Allah sedang bercakap kepada aku tentang sabar dan ikhlas. Allah sedang memberi petunjuk kepada ku tentang apa yang aku minta selama ini. Dan Allah sedang mengajar aku erti kehidupan hidup di bumi Allah ini.

Setiap orang yang kita jumpa di dunia ini adalah ujian bagi kita. dan Allah temukan kita dengan dia bukan saja2..ada sesuatu disebaliknya. Ada hikmah yang tersirat. Renungilah setiap pertemuan dengan mata hati. Dan kita sebagai khalifah Allah bukan dilahirkan untuk menghukum tapi mendidik. -Inilah monolog dalaman yang aku jumpa setelah berfikir sekian lama. Selama ini aku bertindak dengan berkias, menyindir. Sampai terniat di hati nak bagi hint kat orang tentang apa yang tersembunyi. Namun..semua itu sia-sia. Ianya lebih kepada bentuk menghukum bukan mendidik. Kalau di hati membenci sikap mungkar itu, kenapa harus menghukum seseorang, sedangkan yang layak menghukum hanya Allah.

Sesiapa yang tidak ada padanya sunnah Allah, sunnah Rasul dan sunnah wali-Nya, maka tiadalah apa-apa kebaikan padanya. Ditanya orang pada saiyidina Ali k.w., “ apakah sunnah Allah?” Saiyidina Ali menjawab, “ menyembunyikan rahsia (misalnya menutup aib orang lain).” Ditanya lagi, “Apakah sunnah Rasulullah?” saiyidina Ali berkata, “Berlemah lembut dengan sesama manusia.” Ditanya lagi, “Apakah pula sunnah wali-Nya?” saiyidina Ali menjawab, “(sabar dalam) menanggung penderitaan.”

No comments: