Showing posts with label life~. Show all posts
Showing posts with label life~. Show all posts

Thursday, December 17, 2009

kenapa aku menulis disini?

suka ati aku la!
tak..itu bkn jwpn sebenar.
ada org tulis blog sbb ada benda yg dia nak luah yg tak terluah dimulut.mcm diary la.
ada org tulis blog sbb nak crita pasal diri dia.supaya 1 dunia boleh kenal dia.anak siapa la..
ada org tulis blog sbb nak pemes..erm?ada ke?
ada org tulis blog sbb nak sampaikan ilmu..(dakwah)
ada org tulis blog sbb nak ngumpat?ni byk.xboleh blah.huh~
ada org....bla bla bla~
dah cukup pasal org.

aku??
erm..merangkumi semua org.ngee~
actually,1st2 igt nak jadikan blog ni gedung ilmu.tapi rasanya,aku blom cukup pakar kot.aku tak pandai sgt dalam bab2 menyampaikan ssuatu.n aku mmg tak pandai!
hesh~na'uzubillah..aku pandai!
aku tulis.kau baca.kalau takde org baca.aku baca.XD~
tapi cam best gak conteng kat sini.better than conteng kat dinding kan?
haish..canggih2!kalau masa kcik2 dulu,aku la yg slalu memeriahkan dinding umah.
tp slalunya apa yg aku maksudkn tak begitu serupa dgn apa yg aku sampaikan.adess!

haa..b'balik kpd soalan.
kebanyakan org.di ulangi kebanyakan.suka tulis pasal diri sendiri.tak terkecuali aku...?lebih2 lagi SHE.not He!.biasala pompuan kan suke b'leter.oke,aku tak.^^
kan bagus kalau cakap benda ilmiah ckit..tapi,dakwah ada plbagai bentuk gak.ada org niat dia nak dakwah tapi dalam bentuk penulisan yang sempoi.ikut jiwa msg2 la kan.kalau kau jiwa rock maka btk penulisan kau pun rock.kalau kau jiwa balada kau punya ayat jiwang cam balada.kalau indie,kau tulis ayat cam sempoi.nasyid,ayat kau sopan.aku?universal daa..

hurm..nak kongsi something.ni aku t'baca kat blog someone.n sblm ni ada gak dgr kat mana ntah.

  • orang yang pandai adalah mereka yang bercakap tentang ilmu
  • orang yang biasa adalah mereka yang bercakap tentang peristiwa
  • orang yang bodoh adalah mereka yang bercakap tentang orang lain
  • orang yang paling bodoh adalah mereka yang bercakap tentang diri sendiri

haa..level manakah anda??nak ke jadik yang paling bawah tu?
orang tu suka memuji diri, mengumpat berdosa merungut tak abes2.
tak salah suka ckp pasal dri sendri, tapi jika kau tulis tentang dri, namun t'selit ilmu yang b'guna maka kau jadik bijak!
jika kau tulis tentang kisah kau dan peristiwa maka kau jadik biasa.jika kau tulis pasal pasal org lain yg penuh dgn ilmu kau jadik bijak balik.jika kau tulis pasal penulis hurt n heart kau jadik hebat!lalala~;)
maka jgn la perasan bod***.ksian..
mereka yg tulis diary online n paksa org lain baca adalah bod***, tapi mereka yang menulis tanpa mintak org lain baca, menulis utk dri sendri..itu kira biasa.
so?haa..pegi edit blog msg2.hehe

p/s:aku tak berniat nak mengatakan siapa2.siapa yang makan cili.dia yang trasa pedasnya.alamak!pedasss..sss..
smoga blog kita jadik tempat org yang pandai n paling kurang pon org biasa.jgnla jadik yang bwh2 tu.ksian..







Friday, December 4, 2009

Alangkah baiknya....

Hari ni aku nk b'cerita..hayati n paham2kn.ini bkn dongeng dunia khayalan.
kalau malas nk baca xyah baca.tkn butang X kat tepi tuu.. n turn off computer trus k.
ceritanya begini..
Ada sorg laki ni tgh nazak.Dia asyk mengungkapkan beberapa p'kataan yang sukar untuk difahami oleh org lain.Katanya.."Alangkah baiknya kalau semua, alangkah baiknya kalau baru, dan alangkah baiknya kalau banyak". Sahabatnya tidak memahami maksud lelaki itu lantas b'tanya kpd Rasulullah s.a.w
Sabda Rasulullah:

yang pertama, semasa sihatnya lelaki ini pernah menyedekahkan separuh roti yg dimakan kepada pengemis yg dtg ke rumahnya dgn ikhlas. kerana separuh roti itu, Allah tunjukkan kpdnya ganjaran yg bakal menunggu di syurga. jadi, dia pun berkata "alangkah baiknya kalau semua"

yang kedua, lelaki ini berjalan di satu lorong dan bertemu dgn seorang tua yang kesejukan. Lantas dia memberikan bajunya yang tidak berapa baru kepada org tua itu dgn hati yang ikhlas. Allah menjanjikan padanya ganjaran yang baik di syurga krn sedekah itu. kerana itulah, dia berkata."alangkah baiknya kalau baru"

Yang terakhir
, sabda Rasulullah, satu hari lelaki ini pergi ke masjid. Dalam perjalanannya, di hadapannya ada seorg lelaki tua yg lambat pergerakannya. Lelaki ini tidak memintas sebaliknya memimpin tangan lelaki tua itu sehingga ke masjid dan mengajaknya solat. malangnya, lelaki tua itu seorang yahudi. lalu lelaki ini menghantar org tua tersebut ke rumahnya.Satu tangan di pimpin krn Allah, bakal mendapat ganjaran di syurga. lelaki itu berkata,"alangkah baiknya kalau banyak".


moral: perlulah diingat bahawa apa sahaja yg kita lakukan dgn hati yang ikhlas dan bersih, kita akn dimuliakn bukan sahaja di dunia malah di akhirat.tapi, jika apa yg dilakukan itu hanya untuk mendapatkan pujian, di dunia sahaja kita akn dpt rasa balasannya.

bercakap pasal ikhlas, ikhlas bukan hanya terbatas pada pemberian sahaja tetapi juga dlm ibadat.Hanya Allah tahu samada seorg hamba itu ikhlas menyerah diri kepadaNya atau terpaksa. sesetengah org ni, dia menunaikan solat semata2 krn takut dikatakan jahil oleh org sekelillingnya.

cthnya:seorang roomate yg hanya solat bila adanya roomatenya yg slalu solat.jadi, untuk apakah solat itu??solat itu bkn tiang agama bgnya malah tiang antenna TV untuk cari stesen kejahilan bg dirinya.padahal tau solat tu wajib kn? buat penat je..jika ibadah dilakukan tanpa sifat ikhlas kita xkan dapat apa2 pahala melainkan penat.na'uzubillah!!

Firman Allah bermaksud:
" padahal mereka hanya diperintahkan supaya menyembah Allah dengan ikhlas menaatiNya semata2 kerana(menjalankan)agama, dan juga agar melaksanakan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus(benar)..."(al-bayyinah 98:5)


kita perlu sandarkan niat yg betul dalam melakukan sesuatu perkara.niat itulah yg menentukan smada kita ikhlas ataupun tidak. jika niat xbetul, ianya akn menimbulkan sifat riyak dan menunjuk2.. cakap pasal riyak ni..2 perkara yg boleh menyebabkan riyak:
1) melakukan sesuatu hanya kerana nak dapatkan pujian
2) takut untuk melakukan sesuatu kebaikan krn takut dikatakan baik.

pernah x korang mengalami prsaan sebegini??aku dgn ikhlasnya mengaku..aku pernah.hukhuk~
lebih2 lagi yg no.2..yaAllah..ampunilah dosa hambamu ini..T_T