Friday, August 27, 2010

SAVE PALESTINE! Do something!

Mendengar ceramah mengenai Gaza semalam menyuntik semangat aku untuk berbuat sesuatu untuk islam. Penceramah tersebut adalah sukarelawan yang bersama-sama dengan angkatan Mavi Marmara. Program ini diadakan sempena bulan memperingati HARI AL-QUDS SEDUNIA 2010 (8hb-31hb Ogos 2010). Pengisian yang cukup bermanfaat sementara menunggu waktu berbuka.

Aku ingin menjadi seperti salahuddin Al-Ayubi..
Aku ingin menjadi seperti imam Hassan Al-Banna..
Aku ingin menjadi seperti Yusha.. ( pengikut nabi Musa a.s dan pernah menjadi teman musafir Nabi Musa a.s. sewaktu diperintahkan untuk berjumpa dengan nabi Khidir a.s oleh Allah Taala )

Mereka adalah di antara pejuang Baitul Maqdis..
maka benar lah janji Allah bahawa kemenangan akan berpihak pada islam.
Sejarah akan berulang. Gaza pasti dibebaskan kerana dunia sedang mengikuti perancangan Allah yang maha sempurna.

Dari Abi Hurairah ra. bahwa Nabi SAW bersabda, "Tidak akan terjadi hari kiamat hingga kalian (muslimin) memerangi Yahudi, kemudian batu berkata dibelakang Yahudi, "Wahai muslim, inilah Yahudi di belakangku, bunuhlah!" (HR Bukhari dan Muslim dalam Shahih Jami' Ash-Shaghir no. 7414)

Tapi kemenangan itu memerlukan pengorbanan.
Dan pengorbanan itu adalah melakukan sesuatu yang lebih daripada mampu.
'kita student tak mampu nak buat apa2..duit pon tak banyak..doa jela.."
Adakah ayat tersebut betul-betul tepat bagi anda?
sila review perbelanjaan seharian anda..ketika anda membeli-belah di shopping complex.
KITA SEBENARNYA MAMPU!
betapa malunya diri ini..T_T
membiarkan saudara sendiri menghadapi kesusahan, padahal diri sendiri sedang asyik menikmati dunia.
Islam itu pasti menang jika bersatu.
bersatu dengan berpegang dan yakin pada kalimah 'LAILLAHAILLALLAH,MUHAMMADURRASULALLAH'


marilah sahabat sekalian..sama-sama kita menyumbang untuk islam.
penyumbangan dari segi kewangan, masa, dan apa-apa yang anda masih mampu lakukan dengan anggota badan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t =)

RM0.50 satu hari pun sudah memadai..30 hari= RM15-->sangat minimum bagi kita sebagai student. jika dibandingkan dengan harga pakaian yang anda pakai, masih jauh perbezaannya bukan?mulakan sedikit demi sedikit untuk memupuk semangat cintakan islam.
peringatan untuk diri sendiri yang sering lupa..
moga bermanfaat ^___^


Akaun untuk sumbangan: 551575-004299 (MAYBANK BERHAD)


No comments: