Friday, December 30, 2011

Last day of 2011.

"..last day of 2011: less than 24 hours, 2011 will leave us. apa pun ia cuma tarikh @ kalendar. terlalu banyak peristiwa 2011 dan sebelum2nya. saat mula melihat dunia. jika aku berpeluang, akan ku catatkan. sebuah novel mungkin. namun tak sehebat novel catatan yang akan tuhan berikan. terimakasih tuhanku...
..semoga penamatnya bahagia." : )

Sunday, November 6, 2011

Smile dear...~ you yourself need it. :)

you know..
your smile can heal someone heart without you even realize it.
so, why not smile for yourself dear..?

you are beautiful, and your life are wonderful!
Everything just happen for a reasons.
and it won't lasts until you take a chance make a change.
use the good hidden in a bad time ok? :)

smile.

smile.

smile...

:)

see....! how beautiful you are..~ thanks god! Alhamdulillah.. XD

Monday, October 31, 2011

Kawan yang bukan SAHABAT.

Kadang-kadang ada orang yang kita memang tak dapat jadikan kawan.

Senyum dah, meramahkan diri dah, bertanya soalan yang dah diketahui jawapan pun dah..
Oh ya! mungkin kita pernah jadi mesra..

Tapi agak payah.

'No chemistry'? mungkin.

Ada kajian menyatakan.. setiap manusia yang lahir itu, sudah ada aura tersendiri untuk menarik orang yang sesuai dengan dirinya. (tak ingat dengar kat mana, rasa2 dari salah satu program TV)
Sebab itu lah kadang-kadang kita cuba merapatkan diri dengan seseorang tapi masih ada jurang yang wujud. Dan dengan itu, wujudlah kelompok-kelompok yang sering berkumpul sesama sendiri. Assabiyah kah? umpama kumpulan ku, imej ku.

oh, kami geng ulat buku.
hey, kami geng huha huha.
hi, kami geng jangok2.
hello.. kami geng banyak komitmen.

Banyak jenis geng bukan masalahnya, yang menjadi masalah bila...
'kau rasa diri terlalu terang sehingga yang low-profile sekelilingmu itu cuma kabus2'
PANG!! sila sedar diri.

Maka betul lah sesetengah pendapat yang emo.
'Berbuat baik terus pada orang yang tak sudi terima kebaikan kita, adalah bodoh'

oke, mungkin tak betul.

Seharusnya kita mencontohi peribadi mulia Rasulullah SAW bukan?
Sentiasa memaafkan, dan sentiasa membalas kejahatan dengan kelembutan yang munasabah dalam ketegasan.

Baik! XD

Cuma jemu itu kadang-kadang muncul.






Saturday, October 29, 2011

Pintaku sebelum pergi...

Ya Allah..
Sebelum aku pergi dan menghadapMu,
Izinkan aku menjadi..

Seorang anak yang solehah,
Seorang pelajar yang baik dan cemerlang,
Seorang kawan yang di sayangi,
Seorang rakyat yang berbakti,
Seorang jiran yang prihatin,
Seorang isteri yang solehah,
Seorang ibu yang penyayang,

dan...

Seorang khalifah yang bertanggungjawab,
serta Seorang hambaMU yang taat..

Perkenankan ya Allah..




Thursday, October 27, 2011

7 sunnah Nabi SAW setiap hari...?

Hari-hari kita tanpa disedari kadang dikotori.
Dikotori oleh 5 deria sendiri, atau hati yang tersembunyi..
Kalau dibiarkan.. kotoran yang kecik boleh jadi besar.

seperti ayat yang common didengari..
'setitik hitam di hati kalau tak dibersihkan lama kelamaan akan mengotori hati kita"

Sedangkan setitik hitam di kain baju pun kita dah risau, bagaimana pula dengan setitik hitam yang kita tak nampak ni?

Nampak ke?cuba cek.. scan hati dah tu print simpan buat kenangan! hihi

Kadang kita tak tau.. Perasaan ni sering tiba2 muncul..
kenapa belajar banyak2, tapi tak masuk ni?
Kenapa hati resah semacam?
Kenapa rasa nak marah2?
Kenapa rasa macam dah tak nak hidup?!
hehe. dan seumpamanya..

Mungkin kah ada titik hitam yang belum dibersihkan?
Dengan 7 sunnah Nabi SAW kita amalkan setiap hari..
InsyaAllah boleh membersihkan hati kita dan merapatkan hubungan kita pada Pencipta.

‎7 sunnah Nabi SAW setiap hari.. ;)
1) Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

2) Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

3) Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4) Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

5) Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

6) Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

7) Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Cuba mulakan sikit2 dan jadikan ianya rutin seharian.. pasti hati sentiasa tersenyum dalam kesucian :))

Sunday, October 2, 2011

Status Perasaan.

Kadang-kadang ada orang tak suka tengok kelebihan orang lain.
Tak suka tengok kegembiraan orang lain.
Tak suka tengok senyuman bahagia orang lain.

Dan orang itu mungkin orang yang sering bersama anda...??

Dalam hidup ini, ada orang yang menyayangi kita,
ada orang yang membenci kita,
ada orang yang simpati pada kita.

Boleh jadi orang yang berada di sebelah kamu, adalah orang yang membenci kamu.
Boleh jadi, orang yang membenci kamu selama ini..adalah orang yang akan menyayangimu.

Apapun, status perasaan orang terhadap kita..
Kita juga punya status itu terhadap mereka
Mungkin bukan mereka, tapi mereka yang lain.

That's life maaa~!
Accept sahaja. Baik!

Andai hidup ini hanya penuh dengan kata2 sayang..
Andai hidup ini sering diindahi dengan pujian..
Sila cubit pipi anda!
Itu cuma Mimpi ;)
Mimpi dalam mimpi.

*psst..! I hate you but, I love you. I love you, but I hate you!




Saturday, September 24, 2011

PROMOTE JUALAN T-SHIRT MUSLIMAH SWEETIE SUPERCUTE! ;)

EHEM2...

Nak buat announcement sikit.. he he.

Saya ada menjual baju t-shirt muslimah yang comel2 belaka. sweet gitu..

Silalah berkunjung ke laman FB saya ye~


Siapa-siapa yang berminat boleh contact saya melalui FB atau blog ini.

Just PM me! ;)


Aku hanya mampu benci.

Post ini ditulis selepas solat subuh.

erm... terngiang-ngiang dalam kepala ayat ini.. 'selemah-lemah iman adalah yang hanya mampu membenci dalam hati'.
Apa yang mampu aku buat? aku hanya mampu membenci. mampu benci. Lantas hati sendiri dikotori dengan kebencian. Benci pada perbuatan yang membawa kepada benci pada pembuat.

'Ingat senang ke nak tegur orang beb..?' yup. memang susah.
Apalagi kalau ianya melibatkan maruah seseorang.
Tapi kerap kali tertanya-tanya.. "Apa dia tak malu ke buat benda ni depan aku?" Tolongla.. aku nampak. Nampak biarpun hanya dengan seredup cahaya yang ada.

Manusia sekeliling mengagumimu wahai si pembuat..
Kau innocent. You have that Innocent look. Atau kau memang innocent..?
Ingin aku sampaikan pesanan Imam Ghazali..
"Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita merasa berdosa melakukannya."
Kamu tahu bukan?

Tolong hentikan.Tolong.
Your 'habit' is reaaallyyy...really.. irritates me.
Aku juga manusia lemah seperti kau.
Tapi bukankah Allah janjikan untuk kita kekuatan jika kita sedar kehadiranNYA.
DIA maha melihat.


sekian.


Friday, September 23, 2011

words after a long rest.

Everytime you make a step forwards towards me..There's always a sudden barrier between us.
Thanks God.
HE still loves us. :)

*The way you care, the way you stare is...reaaallyy irritates me. please.please. back-off. ;)

"Ya Rabbi, pegang hati ini, dakaplah ia seerat-eratnya, jangan sesekali biarkan ia termiliki oleh makhlukMu, ku tidak sanggup menggantikan tempatMu dengan yang lain, tidak sanggup juga berkongsi rasa itu, ku cuma mahu kasih itu teragung untukMu, ku cuma mahu rindu itu terpatri untukMu, ku cuma mahu cinta itu hanya membunga untukMu Tuhan, jangan biarkan daku terkalahkan dengan emosi dan perasaan yang seringkali dipermainkan oleh syaitan.

Ya muqallibal qulub, tetapkanlah jiwa ini setulusnya di jalanMu, pancarkan cahaya bagiku di jalan yang gelap agar aku tidak teraba-raba kesepian sendirian di hujung jalan yang kelam, jangan biarkan ku terus begini tanpaMu disisi.

Tuhan, Izinkanlah! Cuma ingin Engkau yang bertakhta di hati ini "

~Doa ni copy paste dari Iluvislam.com.

Sunday, July 17, 2011

saya GILA PENGALAMAN.

eh eh.. saya masih wujud! haha :D
cuti2 ini..cuti 4 bulan..
saya menjadi seorang yang GILA EXPERIENCES! huh.
apa2 program..apa2 aktiviti.. rasa macam nak try semua...!!!

oke, the list below are what I've done:
- Working as waitress at Secret Recipe.
- Praktikal di Pejabat Kesihatan (ni pun kira masuk pengalaman la kan..hehe. ni lagi banyak experiences and learning.)
- Jadi fasilitator untuk program IluvIslam Goes to Borneo.
- Mengikuti kursus Table Services (ethic)
- Mengikuti Kursus memasak (pastry)- yang ni saya dipanggil untuk jadi wakil amek sijil untuk semua peserta. haha *proud konon*

HOHO. tak banyak sangat pun.. wanna find something more!
LEARN & GAIN MORE EXPERIENCES.
Dalam masa yang sama, seronok dapat kenalan baru..
oho.. ramai lagi nice people out there!
So, jangan sedey2 kalau kawan dah lupakan kulit.. eh salah.
Kacang lupakan kulit..... HEHEHE ^_^




Friday, June 17, 2011

Tentang belog ini sahaja~

saya bukan blogger tegar.
saya malas update blog.
saya malas comment blog orang.
saya kurang ilmu pengetahuan.
saya menulis berdasarkan pemikiran sendiri.
Ayat saya sukar difahami.
Blog saya jarang dikunjungi.
Semua yang tertulis kebanyakannya hanya tentang saya.
penulisan yang sunggohh.. bOrrriing..

mungkin anda boleh mengenali saya berdasarkan contengan2 yang ada dalam blog yang tidak pemes ini..

dan penilaian anda hampir tepat!

tapi ianya bukan tepat.

Oh! mengarut again.

oke, nak buat blog lain la..yang lebih bermatlamat dan berpegang pada prinsip. hua hua hua.
(skema la plak..)

wokeh, ta ta! da da! :D

Thursday, June 16, 2011

'TERDESAK'

Ouh bukan niat ku.
Apa aku dah buat ni?huaa~
Mencampurkan yang hak dengan yang batil?
Aku terdesak.
Adakah 'terdesak' itu cuma alasan?
NO! seriously, I mean it.

Kalaula aku seorang yang berani..
I don't need anyone even him.. to be with me in this 'case'.
Oh! sengsara nya alone..
Alone..memaksa aku buat apa sahaja.

moga-moga tiada salah faham tentang kita.

*Rasa berdosa*

Sunday, June 5, 2011

Taste the differences.

No more curi2 makan ice-cream..
No more makan makanan lebihan orang yang tak habis..
No more minum air sedap2 yang terlebih buat kat Barista..
No more curi2 amek sambal belacan kat kitchen..
No more cubit2 kek dan brownies..
No more tips from customer..
No more sakit hati or sakit kaki..
No more kena marah even it is not your fault (oke, baiklah.customer is always right kan..)
No more laughing2 with the really sporting staff..
No more borak2 and gurau2 with lesbo n aww aww..
huhu.
Just no more!
Haha.
Gonna miss those moments.
Being one of them..makes me realizes and appreciate my life.
oke, saya akan cuba jadi customer yang memahami..
Ringan mulut menyebut 'thank you' dan senyum..
yea.. this word is really powerful.
It makes them ( me as well) doesn't feel like a servant :))

what's next?
mau coba jadi yang lain..
I just wanna try to be macam2!
Because in this world, there are many things you should discover it yourself
and the tastes different between the characters.
Try to be in their shoes even just in a second.. :)




Sunday, May 15, 2011

Me as a Waitress!

Currently tengah kerja kat Secret Recipe as waitress!HAHA
Sangat2 seronok walaupun penat.
dan baru memahami pekerjaan sebagai seorang waitress.
Seronok dapat melayan customer.
Tapi yang paaaaliingg best bila dapat tips(keep the change) dari customer.
setakat ni paling banyak dari seorang lelaki jepon..So sweet... dahla baik! ngeh3 :P
Buat silap? of course ada.. hehe
Geng2 tempat kerja sangat2 best. Sporting gila!
setiap kali ada peluang..jeng3..pergi dapur..mamam! :P
Hari ni sampai khamis off..huhu. buhsan pulak kan.
Oke, nothing much to story lah... I juz wanna tell the world.. BESTNYA KERJA!!!( 1st time oke..) hikhik
wee...oke, jom wat keja umah plak....! huhu

Thursday, May 5, 2011

BUZZ! saya busy.

Minggu exam.
Tinggal 1 paper lagi.
Bukak blog kejap.
dan conteng sket2... hihi
follower bertambah?
Terima kasih la kepada yang follow blog yang tak berinformatif ini.
Ni follow sebab nak mintak follow balik ke ape? heheh. =.=
apa2 pun.. tqvm =)
I appreciate it so much...
nah.. buat tatapan^^




Sunday, March 27, 2011

Soalan kegemaran sedunia (^^,)

On skype...
Nenek: dah bulat muka nisa... kena cari kawan dah ni.
Me: Bulat?hehe. kawan ramai je nek..
Abang: Bukan kawan tu laa... maksud nenek 'gerek'.
me: oh. tau.. saja je..

On telephone...
Mak: cari la kawan doctor kat sana...
Me: Edek ramai je kawan doctor kat sini mak..

On Facebook...
My bestfren: Nisa... 'gerek' abang ko ke tu?
Me: Yup.
My bestfren: Ko bila lagi...??
Me: ermm...ermm....

*Nota kakiku:
Gerek= Boyfriend/girlfriend
Edek= Nama anje aku. :P

Skrip2 di atas adalah bukan lakonan semata2..
Itu lah pertanyaan yang sebenarnya aku sangat gemar menjawabnya..walaupun bunyi jawapan macam tak suka. hehe.

oke, aku normal. Ada perasaan ingin disayangi dan menyayangi.
Ingat aku tak jeles tengok orang lain jalan2 beriringan dengan gerek masing2..??
Memang tak pon..
Aku jeles tengok 'couple' yang lelaki nya berkopiah dan perempuannya berpakaian sopan :))
yang aku yakin jalan mereka itu jalan yang halal.

oke, not yet Nisa..not yet!!
hehe.

p/s: Sila tanya aku lagi soalan tu.. aku suke >.<
Btw, apa kaitan muka bulat dengan perlu cari 'kawan'?? hurmm...


Tuesday, March 15, 2011

wont care anymore.

Oke, this is the ending of the beginning.
HAHA! Nisa... Pelis... BE..... POSITIVE!

btw,
APPRECIATE PEOPLE WHO WANT TO APPRECIATE YOU ONLY.
>.<

p/s: banjir dah surut. hopefully, no tsunami la afta diz.. :P

Wednesday, March 2, 2011

SENYUMAN itu umpama TOXIC.

Dia senyum.
Aku membalasnya.
Bukan bermakna laluan yang ku berikan.
Biarpun senyuman itu kadangnya mengaburi hati.
Umpama toxic yang punya 'chronic effect'.
Sungguh, aku lemah.

Tuhan...
Berikan aku kekuatan untuk berdiri teguh di jalan ini...


-Nisa.S-






Saturday, February 26, 2011

Mencari diri.

Bukan Ustazah.
Bukan Penceramah.
Bukan si tudung labuh.
Cuma hambaNYA.. :)

-Nisa.S-

TAG dari cik Datol... ( 1st time jawab Tag :P)

Baru lepas exam. Officially Test 1 dah abes! So, dengan sedikit masa terluang ini.. nak jawab tag dari Cik Datol.. ^^ Thanks Datol for tagging me..!

1. Pernahkah anda rasa 'Hot'?
ngaa~ pernah! haha. semua orang mesti pernah melalui ke'HOT'an..
maybe PERASAN HOT. :P

2. Upload wallpaper yang anda gunakan sekarang.

3. Ceritakan pasal wallpaper tersebut.
Read the words!
" The quickest way to acquire self-confidence is to do exactly what you are afraid to do"
kerana saya seorang yang... PENAKUT! dan tak confident :')
I feel worst all about me. Tapi nasib baik, aku seorang yang bermotivasi tinggi. (oh! masuk bakul.. x angkat2..)

4. Bila kali terakhir anda makan pizza?
em.. penghujung bulan januari. 2 kali. yang paling sedap bila free :D

5. Lagu yang paling terbaru yang anda dengar.
terbaru? tak baru sangat... Hari Bersamanya- sheila on 7.

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini.
Tengah fikir banyak kerja berlambak tapi tetap buang masa jawab benda ni.. HAHA!

7. Selain nama sendiri anda dipanggil nama apa.
DedeknOm= Nama panggilan ayah panggil.. (There is a story behind this weird name :P )
Belon= Budak2 laki panggil aku masa sekolah rendah.. ( aku pun tak paham..)
Nisa ngenget= masa sekolah men. Agama ( sebulan je..), ngeget= Kumbang kaler hitam yang suka menghentak diri ke lampu.. ( menci menatang ni!)
yang lain2... Nisah, Nisa, sa...., Khairun..

8. tag lagi 5 orang.
laa... tak reti tagging2...!
siapa nak dan banyak masa free, jawab keh. :D

9. siapa orang no.1 kepada anda?
10. Katakan sesuatu pada orang no.5
11. No. 3 ada hubungan dengan siapa?
12. Bagaimana pula no.2?
13. Kata2 cinta dengan orang no.4
14. 5 perkara yang anda tahu tentang orang yang anda tag.

oke... soalan 9-14 jawab berdasarkan soalan no.8...
(Aku tak jawab. Memandangkan aku malas nak tagging2... dan sebenarnya tak reti.. )


Sekian...

Thursday, February 24, 2011

Nafsu atau Hati?

Kau dan Aku..
Kita sama.
Punya nafsu milik Manusia.
Jangan disalahkan 'hormon' yang rancak itu.
'Maintenance hati' bagaimana?

-Nisa.S-

Friday, February 18, 2011

I'm the Girl, who.....

I'm the girl....
Who speak when you can't hear me.
Who Listen when you talk.
Who stare at you when you don't.
and...
Who run when you chase.

-Nisa.S-






kOtak Aku. KOtak KaU.

Masih di dalam kotak yang sama.
Mencari ruang kepadatan yang sempurna.
Jika ia punya jalan keluar,
Bukakan aku kotak itu.
Kerana aku masih penghuninya.

-Nisa.S-


Wednesday, February 9, 2011

Kehilangan Noktah

Masa yang usang.
Disinari kegelapan hari esok.
Adakah masih ada bayang kehidupan?
-Nisa.S-

Sunday, January 30, 2011

AKU INGIN BERUBAH

Aku ingin berubah..
kerap kali hati ini menjerit...
AKU INGIN BERUBAH!

Ya Allah....
inikah hidayah MU..?
Setiap kali ia terdetik..
setiap kali itu
hati ini berbisik..
bahawa aku tidak akan mampu..

Kenapa ya Allah..
Betulkah aku tidak mampu?
Pernah ku gagahi..
tapi ia kembali pada yang asal..
fitrah ku begini kah?

Aku dipandang manusia sebagai yang mampu..
Tapi aku cuma seorang manusia lemah...
lemah menghadapi godaan dunia..
Seringkali aku mengharap kekuatan yang muncul
Namun aku juga tahu ia takkan muncul tanpa di cari..
Tapi mengapa hati ini tetap berdegil ya Allah?

Andai sudah tiba masa ku menghadapMu ya Allah..
Jangan kau palingkan wajahMu dari melihatku
Kerana aku juga sering mengharap cintaMU...

Saturday, January 29, 2011

Ekspedisi mendaki Gunung Angsi

28-29/1/2011

I'm having challenges fun before holiday!
seronok sangat2.. walaupun mencabar keperempuananku..
28 hb tiba di Ulu Bendul, bermalam kat situ dan tidur dalam khemah.
I luv it! Just like a camp fire.. ada unggun api. First time pulak kem tanpa benda2 yang skema dengan bunyi2 arahan.

ni gambar baru lepas siap pasang khemah

29 hb mulakan ekspedisi mendaki pukul 9.30 pagi dengan berbekalkan 2 air botol mineral, chocolate cadburry kecik, mentos, 2 bungkus roti krim gardenia.
Kalau dibandingkan dengan gunung Santubong yang aku naik sebelum ni, gunung Angsi lagi mencabar.. bukan sebab ketinggian, tapi jalannya yang agak licin..tambah2 pulak masa tu hujan.huh. Alhamdulillah nasib baik selamat.
Kalau nak tau..Gunung Santubong ketinggiannya 810m.. Gunung Angsi 825m..
wow!
I like it! lepas ni nak naik yang lagi tinggi XD

Yang kelakarnya..dah dalam setengah jam nak sampai puncak..ada pulak handphone aku berdering.. Datul calling ajak pergi Mines. hua hua hua~ adoiyai..

Sampai puncak 3 jam lebih..dan.. hujan dengan tiba2 nya. Sejuk pulak. Tapi yang syok nya... seronok tengok asap keluar dari mulut. Perasan macam kat luar negara la kan.. :P






dah turun gunung, mandi kat air terjun..
Suka air terjun! :D

ehem2..oke, why I love hiking??

sebab jalannya umpama hidup ini..
berliku2.. Licin dan sukar dilalui.
Kadang2 kita terjatuh disebabkan silap langkah, tersilap pilih jalan yang selamat..
Tapi perjalanan tetap diteruskan untuk menuju puncak..
Kerana puncak itu adalah lambang kejayaan kita..
hasil pengorbanan dan berkat kesabaran dalam menempuhi perjalanan yang sukar.
Menuruni gunung lebih mudah dari mendaki..
Kerana dalam hidup ni, amat mudah jika mahu jatuh...
Tapi untuk berada di puncak kejayaan pengorbanan amat diperlukan.
Apabila berada di puncak terasa berat untuk turun...
kerana tiada siapa mahu berada dibawah apabila telah berada di atas..
Namun orang yang berjaya, perlu juga melihat ke bawah untuk tidak merasa sombong dengan nikmat yang Allah berikan :)




Sunday, January 23, 2011

Simbiosis diantara kita.

Nak cerita suatu kisah...yang diceritakan oleh lecturer psychology aku..

Di jepun..
Ada 1 bangunan yang memang menjadi tempat pilihan untuk orang membunuh diri dengan terjun bangunan tersebut.
Dan disebelah bangunan tersebut.. terdapat satu kedai makan yang pemilik nya adalah seorang bekas polis..
Tujuan dia buka kedai kat sebelah bangunan tersebut adalah untuk menarik orang yang berniat untuk membunuh diri. Bila ada yang kelihatan seperti hendak membunuh diri, pemilik kedai makan tersebut akan menarik orang tersebut dengan membelanja dia makan dan mengajak dia berbual.

Apabila ditanya kepada dia, "apakah perasaan anda apabila berada di atas ketika sebelum terjun bangunan?"

Kerap kali jawapan yang diterima adalah....
"Takde ke orang yang nak tolong halang aku...?"



So...uh. Got the point??
Jangan sangka.... orang yang berniat untuk berbuat sesuatu yang jahat itu masih cekal dengan keputusannya.
Jangan sangka.... orang yang berubah sikap secara tiba-tiba itu tidak memerlukan teguran dari seorang yang prihatin.
Jangan sangka.... orang jahat dan samseng sekalipun tidak memerlukan kasih sayang.

erm... point aku sebenarnya...
Tolong ingatkan aku, tolong teguri aku jika aku mula berubah dan semakin lalai dengan keindahan dunia.. Y_Y

I need u. really need you.

Friday, January 21, 2011

Lupa cara untuk ketawa.

tetiba rasa hidup semakin bosan..
Everything is getting boring or me?
huh.
bosan! bosan! bosan!

Lupa cara untuk ketawa.
sangat merindui gelak ketawa sendiri..
nak gelak! nak gelak!
HA HA HA HA HA!
:'(
tolong bukak topeng ini..
penat.....

Hidup semakin berubah.
huh. DULL!

Wednesday, January 19, 2011

Jadi lebih dari diri sendiri

Perlukah kita jadi berkepimpinan?
Kadang-kadang kita melibatkan diri dengan macam-macam aktiviti..
Tengok2 balik..renung2 balik.. 'aku ni selalu berada di atas, bwh ke tengah??'
*Asyik-asyik AJK tugas2 khas..*

Takut tak mampu? malu untuk menonjolkan diri? takut dipersalahkan? Macam tak layak...?
Itulah ayat2 yang sering menjadi 'INHIBITOR' dalam diri...
Sampai bila nak jadi orang yang hanya mendengar arahan?

Kadang-kadang kita perlu JADI LEBIH DARI DIRI SENDIRI
perlu PINJAM WATAK ORANG LAIN, untuk membentuk watak baru dalam diri..

Peluang sering datang, tapi sering juga dilepaskan...
Bila dah berlalu meninggalkan kesan sesal..
Bila dapat, harus dihargai!
Biar apa pun bunyi2 yang kedengaran..
yang penting cuba yang terbaik.
Kerana dalam diri setiap orang itu, ada keistimewaan yang perlu dicungkil
YOU'll NEVER KNOW UNTIL YOU TRY ;)

'The most satisfied thing in life is doing something people think you can't do, and you may think you can't but you always TRYING THE BEST for it!'- Nisa :)

p/s: Renungi dan hayati kepimpinan Rasulullah saw serta tokoh2 islam terdahulu

-Leteran untuk diri sendiri-

Monday, January 17, 2011

'what I think about you'

wee~update..update...
tau tak permainan 'what I think about you' yang menjadi kegilaan di facebook beberapa minggu lepas??
ayatnya berbunyi..
"INBOX me any number between 1and 5000 and I'll make my status your number and what I think about you. Fun thing is, only you and me know what your number is. So, it will be our secret..shhh~"
He he he.
Aku tak main. Tapi aku ada la..hantar nombor ke beberapa orang kawan aku yang busy main benda ni.

Dan jawapan-jawapan mereka adalah...

1989-u're the most childish girl i ever meet but i luv u for who u are..cuz u bringing d joy and laughter in our group..well,we always make fun of u right but u didn't rake it for granted..thats wat i luv bout u..and lastly,shud i call d police???hahahaha!

wahhhh 4567 - uit!!!!lamak sik dgr cita!ku knl nya towk ms kat matrik gik.adui,alu windu tros dgn KML.hu3.mek duak 1 tutorial jak.H4T29..ceh,ingt juak.geng2 dok belakang eyh kita towk.mcm2 kenangan dolok.mok polah keja kursus english.ingtku gik,nya jd host pakey interview si pes.semangat ada kita practice berlakon tym ya.practice mlm2 dekat dgn MP.sanggup na juak.mcm2 eyh...hehe

417:::heee...ak knl msa kat mtrix dlok.1 miri ngn ak....haha...org nya bait....sgala sempurna..hahahaha.....nektok dh xjumpa..sbb msg2 ikot haluan masing2....hua....ntah bla la kta blh jmpa gik..heee...




Hua hua hua. aku tak reti nak copy directly dari page fb. So, hanya ayat2 yang dapat di copy dan nama-nama pengomen dirahsiakan oke.
Dan begitulah pendapat mereka mengenai aku.........
Begitukah aku?? he he he.
Its up to you! Keadaan persekitaran dan pengaruh orang sekeliling juga boleh mempengaruhi sikap kita kan? ;)

Tuesday, January 4, 2011

Muka ketat, jawapan kelat..Jangan duduk di kaunter itu!

Jika anda tidak reti berkomunikasi dengan baik dan professional, Sila jangan duduk di Kaunter. Tugas anda adalah untuk menjawab setiap pertanyaan walau remeh sekali pun dengan professional.

Jawab dengan nada yang sederhana, dan kata2 yang tidak membuatkan orang menyesal bertanya.
Sila fahami..posisi anda, kerusi yang anda duduk itu..anda berada di kedudukan yang menjadi harapan orang yang memerlukan jawapan.

Kalau dah muka pun ketat, jawapan pulak kelat...kamu sila cari kerja lain oke..

p/s: budak tadika pun pandai jawap dengan baik walaupun tak tepat...