Monday, October 31, 2011

Kawan yang bukan SAHABAT.

Kadang-kadang ada orang yang kita memang tak dapat jadikan kawan.

Senyum dah, meramahkan diri dah, bertanya soalan yang dah diketahui jawapan pun dah..
Oh ya! mungkin kita pernah jadi mesra..

Tapi agak payah.

'No chemistry'? mungkin.

Ada kajian menyatakan.. setiap manusia yang lahir itu, sudah ada aura tersendiri untuk menarik orang yang sesuai dengan dirinya. (tak ingat dengar kat mana, rasa2 dari salah satu program TV)
Sebab itu lah kadang-kadang kita cuba merapatkan diri dengan seseorang tapi masih ada jurang yang wujud. Dan dengan itu, wujudlah kelompok-kelompok yang sering berkumpul sesama sendiri. Assabiyah kah? umpama kumpulan ku, imej ku.

oh, kami geng ulat buku.
hey, kami geng huha huha.
hi, kami geng jangok2.
hello.. kami geng banyak komitmen.

Banyak jenis geng bukan masalahnya, yang menjadi masalah bila...
'kau rasa diri terlalu terang sehingga yang low-profile sekelilingmu itu cuma kabus2'
PANG!! sila sedar diri.

Maka betul lah sesetengah pendapat yang emo.
'Berbuat baik terus pada orang yang tak sudi terima kebaikan kita, adalah bodoh'

oke, mungkin tak betul.

Seharusnya kita mencontohi peribadi mulia Rasulullah SAW bukan?
Sentiasa memaafkan, dan sentiasa membalas kejahatan dengan kelembutan yang munasabah dalam ketegasan.

Baik! XD

Cuma jemu itu kadang-kadang muncul.






Saturday, October 29, 2011

Pintaku sebelum pergi...

Ya Allah..
Sebelum aku pergi dan menghadapMu,
Izinkan aku menjadi..

Seorang anak yang solehah,
Seorang pelajar yang baik dan cemerlang,
Seorang kawan yang di sayangi,
Seorang rakyat yang berbakti,
Seorang jiran yang prihatin,
Seorang isteri yang solehah,
Seorang ibu yang penyayang,

dan...

Seorang khalifah yang bertanggungjawab,
serta Seorang hambaMU yang taat..

Perkenankan ya Allah..




Thursday, October 27, 2011

7 sunnah Nabi SAW setiap hari...?

Hari-hari kita tanpa disedari kadang dikotori.
Dikotori oleh 5 deria sendiri, atau hati yang tersembunyi..
Kalau dibiarkan.. kotoran yang kecik boleh jadi besar.

seperti ayat yang common didengari..
'setitik hitam di hati kalau tak dibersihkan lama kelamaan akan mengotori hati kita"

Sedangkan setitik hitam di kain baju pun kita dah risau, bagaimana pula dengan setitik hitam yang kita tak nampak ni?

Nampak ke?cuba cek.. scan hati dah tu print simpan buat kenangan! hihi

Kadang kita tak tau.. Perasaan ni sering tiba2 muncul..
kenapa belajar banyak2, tapi tak masuk ni?
Kenapa hati resah semacam?
Kenapa rasa nak marah2?
Kenapa rasa macam dah tak nak hidup?!
hehe. dan seumpamanya..

Mungkin kah ada titik hitam yang belum dibersihkan?
Dengan 7 sunnah Nabi SAW kita amalkan setiap hari..
InsyaAllah boleh membersihkan hati kita dan merapatkan hubungan kita pada Pencipta.

‎7 sunnah Nabi SAW setiap hari.. ;)
1) Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

2) Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

3) Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4) Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

5) Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

6) Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

7) Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Cuba mulakan sikit2 dan jadikan ianya rutin seharian.. pasti hati sentiasa tersenyum dalam kesucian :))

Sunday, October 2, 2011

Status Perasaan.

Kadang-kadang ada orang tak suka tengok kelebihan orang lain.
Tak suka tengok kegembiraan orang lain.
Tak suka tengok senyuman bahagia orang lain.

Dan orang itu mungkin orang yang sering bersama anda...??

Dalam hidup ini, ada orang yang menyayangi kita,
ada orang yang membenci kita,
ada orang yang simpati pada kita.

Boleh jadi orang yang berada di sebelah kamu, adalah orang yang membenci kamu.
Boleh jadi, orang yang membenci kamu selama ini..adalah orang yang akan menyayangimu.

Apapun, status perasaan orang terhadap kita..
Kita juga punya status itu terhadap mereka
Mungkin bukan mereka, tapi mereka yang lain.

That's life maaa~!
Accept sahaja. Baik!

Andai hidup ini hanya penuh dengan kata2 sayang..
Andai hidup ini sering diindahi dengan pujian..
Sila cubit pipi anda!
Itu cuma Mimpi ;)
Mimpi dalam mimpi.

*psst..! I hate you but, I love you. I love you, but I hate you!