Thursday, November 25, 2010

YOgurt my Fav!

oke, mau bicara tentang Yogurt??
yumm yumm~ I really LOve yogurt!

Apa itu yogurt?

Yogurt adalah susu yang dibuat melalui fermentasi bakteria. Tapi jangan risau!
Ianya adalah bakteria yang baik iaitu Lactobacillus. Kultur hidup (Bakteria) dalam yogurt boleh menghalang pembiakan bakteria jahat. Bakteria baik ini juga dikenali sebagai probiotik bakteria.
Probiotik bakteria tersebut banyak memberi faedah dari segi kesihatan untuk tubuh badan kita.
Antara kelebihan nya, dapat melindungi usus. Namun, dalam pengambilan yang berlebihan ianya tidak sesuai bagi sesetengah golongan iaitu boleh menyebabkan cirit-birit, alahan dan juga boleh membawa maut. Nutrisi lain yang terdapat dalam yogurt adalah protein, kalsium, riboflavin, Vitamin B6 dan Vitamin B12.

Antara Kelebihan Yogurt?

1) Yogurt lebih mudah dicerna daripada susu kerana kandungan Lactose yang rendah. oleh itu, ianya sesuai diambil bagi orang yang menghidap 'Lactose Intolerance' ( usus tidak dapat menghasilkan enzim Lactase untuk mencernakan Lactose- gula susu )

2) Yogurt membantu menyihatkan usus besar kerana mengandungi Lactobacteria ( Bakteria baik melindungi usus besar) serta menurunkan risiko kanser kolon (usus besar).

3) Meningkatkan ketahanan imuniti badan.

4) Mengelakkan risiko 'vaginal yeast infection' bagi wanita.

5) Merupakan sumber kalsium yang lebih tinggi dari susu. Sesuai untuk perempuan yang telah memasuki fasa menopause.

6) Kaya dengan sumber protein .

7) Boleh menurunkan tahap kolestrol dalam darah dengan merendahkan LDL (bad) Kolestrol dan meningkatkan HDL (Good) Kolestrol.

Yogurt dan kecantikan?
  • Dapat menghilangkan bekas jerawat kerana kandungan zinc di dalamnya. Pilih jenis yang tidak mengandungi banyak lemak dan gula.
  • Plain yogurt dapat digunakan sebagai masker wajah untuk membersihkan kulit muka.
  • Yogurt juga dapat menghilangkan rasa kegatalan pada kulit kepala dengan menyapu pada kulit kepala dan dibungkus selama 15 minit.
  • Untuk mendapatkan tangan dan kuku yang lembut dan kenyal pula, urut tangan dengan Yogurt yang dicampur dengan perahan lemon dan disimpan didalam peti sejuk selama beberapa jam.

Haa.. selamat mencuba!! ^^ mari cantik dan sihat bersama yogurt!

Ini yogurt yang aku buat kat rumah. Instant yogurt brand 'Easiyo'.




Cuma perlu bancuhkan serbuknya kedalam bekas ini..





dan masukkan kedalam bekas ini.. selama lebih kurang 24 jam.


Emm.. yummy! nak lagi sedap, tambah potongan buah apabila siap untuk dihidangkan. (^_*)


No comments: