Saturday, September 24, 2011

Aku hanya mampu benci.

Post ini ditulis selepas solat subuh.

erm... terngiang-ngiang dalam kepala ayat ini.. 'selemah-lemah iman adalah yang hanya mampu membenci dalam hati'.
Apa yang mampu aku buat? aku hanya mampu membenci. mampu benci. Lantas hati sendiri dikotori dengan kebencian. Benci pada perbuatan yang membawa kepada benci pada pembuat.

'Ingat senang ke nak tegur orang beb..?' yup. memang susah.
Apalagi kalau ianya melibatkan maruah seseorang.
Tapi kerap kali tertanya-tanya.. "Apa dia tak malu ke buat benda ni depan aku?" Tolongla.. aku nampak. Nampak biarpun hanya dengan seredup cahaya yang ada.

Manusia sekeliling mengagumimu wahai si pembuat..
Kau innocent. You have that Innocent look. Atau kau memang innocent..?
Ingin aku sampaikan pesanan Imam Ghazali..
"Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita merasa berdosa melakukannya."
Kamu tahu bukan?

Tolong hentikan.Tolong.
Your 'habit' is reaaallyyy...really.. irritates me.
Aku juga manusia lemah seperti kau.
Tapi bukankah Allah janjikan untuk kita kekuatan jika kita sedar kehadiranNYA.
DIA maha melihat.


sekian.


No comments: