Monday, October 31, 2011

Kawan yang bukan SAHABAT.

Kadang-kadang ada orang yang kita memang tak dapat jadikan kawan.

Senyum dah, meramahkan diri dah, bertanya soalan yang dah diketahui jawapan pun dah..
Oh ya! mungkin kita pernah jadi mesra..

Tapi agak payah.

'No chemistry'? mungkin.

Ada kajian menyatakan.. setiap manusia yang lahir itu, sudah ada aura tersendiri untuk menarik orang yang sesuai dengan dirinya. (tak ingat dengar kat mana, rasa2 dari salah satu program TV)
Sebab itu lah kadang-kadang kita cuba merapatkan diri dengan seseorang tapi masih ada jurang yang wujud. Dan dengan itu, wujudlah kelompok-kelompok yang sering berkumpul sesama sendiri. Assabiyah kah? umpama kumpulan ku, imej ku.

oh, kami geng ulat buku.
hey, kami geng huha huha.
hi, kami geng jangok2.
hello.. kami geng banyak komitmen.

Banyak jenis geng bukan masalahnya, yang menjadi masalah bila...
'kau rasa diri terlalu terang sehingga yang low-profile sekelilingmu itu cuma kabus2'
PANG!! sila sedar diri.

Maka betul lah sesetengah pendapat yang emo.
'Berbuat baik terus pada orang yang tak sudi terima kebaikan kita, adalah bodoh'

oke, mungkin tak betul.

Seharusnya kita mencontohi peribadi mulia Rasulullah SAW bukan?
Sentiasa memaafkan, dan sentiasa membalas kejahatan dengan kelembutan yang munasabah dalam ketegasan.

Baik! XD

Cuma jemu itu kadang-kadang muncul.






No comments: