Thursday, October 27, 2011

7 sunnah Nabi SAW setiap hari...?

Hari-hari kita tanpa disedari kadang dikotori.
Dikotori oleh 5 deria sendiri, atau hati yang tersembunyi..
Kalau dibiarkan.. kotoran yang kecik boleh jadi besar.

seperti ayat yang common didengari..
'setitik hitam di hati kalau tak dibersihkan lama kelamaan akan mengotori hati kita"

Sedangkan setitik hitam di kain baju pun kita dah risau, bagaimana pula dengan setitik hitam yang kita tak nampak ni?

Nampak ke?cuba cek.. scan hati dah tu print simpan buat kenangan! hihi

Kadang kita tak tau.. Perasaan ni sering tiba2 muncul..
kenapa belajar banyak2, tapi tak masuk ni?
Kenapa hati resah semacam?
Kenapa rasa nak marah2?
Kenapa rasa macam dah tak nak hidup?!
hehe. dan seumpamanya..

Mungkin kah ada titik hitam yang belum dibersihkan?
Dengan 7 sunnah Nabi SAW kita amalkan setiap hari..
InsyaAllah boleh membersihkan hati kita dan merapatkan hubungan kita pada Pencipta.

‎7 sunnah Nabi SAW setiap hari.. ;)
1) Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

2) Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

3) Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4) Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

5) Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

6) Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

7) Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Cuba mulakan sikit2 dan jadikan ianya rutin seharian.. pasti hati sentiasa tersenyum dalam kesucian :))

No comments: