Saturday, February 25, 2012

Budak kecil bukan hamba!

Semasa makan di KFC, tiba2 ada seorang budak lelaki pakai kopiah datang dengan sejumlah buku yasin di tangan..

Budak: Kak, nak beli? (muka innocent)

Saya: hurm.. dek, siapa yang suruh adik jual ni?

Budak: Mak..

Saya: Oh, mak kat mana sekarang?

Budak: Kat Hospital.. sakit..

*Rasa curiga*

Saya: Kawan2 lain mana?

Budak: Ada kat bawah..

*saya makan di KFC tingkat atas*

Saya: ohh.. dorg buat apa?

Budak: Jual ni jugak..

*Mengeluarkan duit kertas*

Saya: Nah, duit ni untuk adik k.. akak bagi, tapi akak tak beli ni.. *sambil memasukkan duit tersebut ke dalam poket budak tu*

There you go!
Jawapan yang mula2 tu..mungkin cuma jawapan yang di ajar kepada mereka untuk menjawab bila ditanya. So, saya sengaja bertanya soalan mengenai kawan2 dia.

Kesian sangat tengok budak tu..muka dah la innocent. Kenapa ada orang yang sanggup suruh budak2 kecik macam ni merayau2 jual barang? Oke.mungkin cara halal dah. Tapi mereka masih kecik. Nampak macam lingkungan 5-7 tahun.. tak patut la dibiarkan buat keje macam ni kan..

kesian.. umur macam ni kalau adik2 kita, dah pergi sekolah dah.. petang2 plak, main.. muka pun nampak ceria.
Macam budak tu.. dah tak ada sinar ceria kat wajah.
Harap2 kerajaan ambil tindakan yang sepatutnya.

No comments: