Monday, February 6, 2012

Luahan seorang perempuan yang belum cukup wanita.

Diri ini semakin dewasa.
Belasan tahun bukan lagi milik ku,
Tapi tahun2 yang ku lalui mempersembahkan aku bahawa 'lelaki sering dilabel sebagai makhluk yang bermasalah'
Bermasalah memberi masalah kepada kaum perempuanss.

Benci lelaki.
Ia kian kronik dalam diri ini.
Sehingga aku hampir dilabel sebagai seorang yang 'extreme'.
menjaga ikhtilat atau kerana takut?
Bukan aku seorang yang lesbian.
Tapi pandangan dan keyakinan yang tumbuh sejak aku kenal apa itu jantina.
dan juga kata2 pesanan yang sering didengar.

Pernah diri ini menguji mu.
Ya, pernah. Biar Dia saja yang tahu niatku.
dan betul lah apa yang aku fikirkan.

Seperti ingin aku menuntut bela demi kaum sejantina ku.
Seperti ingin aku mahu mereka faham isi hati kami.
Jawatan Pemimpin yang diberikan kepadamu bukanlah lesen untuk kau berbuat sesuka hati.

Masalah cerai, poligami, main kayu tiga, gagal memimpin keluarga, gagal menjadi imam kepada isteri dan anak2, mengutamakn isteri berbanding ibu sendiri, pentingkan diri sendiri, panas baran, kes rogol..

Kenapa aku dipersembahkan secara realiti tentang sesetengah masalah tersebut?
(Ya Allah kuatkan mereka..)

Takut.
ya, aku takut pada kamu lelaki.
Aku takut aku juga bakal menderita seperti perempuan lain.
Aku takut aku juga bakal menjadi wanita2 lain yang sering merungut mengenaimu.
Aku takut aku jadi benci pada dirimu.
Aku takut aku kurang hormat pada kamu.
Aku takut aku hilang kepercayaan pada kamu semua.


Wahai lelaki..
Hati ini tercedera melihat jatuhnya air mata seorang perempuan.
Sedikit demi sedikit hilang kepercayaanku kepadamu.
Namun dengan mengingati Rasulullah SAW, jiwa perempuan ini masih percaya adanya lelaki seperti Baginda.

Moga ia dari keturunanku.

:')







2 comments:

Jαnnαhツ said...

bukan semua lelaki jahat.... insya-Allah kamu akan bertemu dengan jodoh kamu. la takhof wa la tahzan....

DedeknOm said...

ameen.. tq :')