Saturday, January 29, 2011

Ekspedisi mendaki Gunung Angsi

28-29/1/2011

I'm having challenges fun before holiday!
seronok sangat2.. walaupun mencabar keperempuananku..
28 hb tiba di Ulu Bendul, bermalam kat situ dan tidur dalam khemah.
I luv it! Just like a camp fire.. ada unggun api. First time pulak kem tanpa benda2 yang skema dengan bunyi2 arahan.

ni gambar baru lepas siap pasang khemah

29 hb mulakan ekspedisi mendaki pukul 9.30 pagi dengan berbekalkan 2 air botol mineral, chocolate cadburry kecik, mentos, 2 bungkus roti krim gardenia.
Kalau dibandingkan dengan gunung Santubong yang aku naik sebelum ni, gunung Angsi lagi mencabar.. bukan sebab ketinggian, tapi jalannya yang agak licin..tambah2 pulak masa tu hujan.huh. Alhamdulillah nasib baik selamat.
Kalau nak tau..Gunung Santubong ketinggiannya 810m.. Gunung Angsi 825m..
wow!
I like it! lepas ni nak naik yang lagi tinggi XD

Yang kelakarnya..dah dalam setengah jam nak sampai puncak..ada pulak handphone aku berdering.. Datul calling ajak pergi Mines. hua hua hua~ adoiyai..

Sampai puncak 3 jam lebih..dan.. hujan dengan tiba2 nya. Sejuk pulak. Tapi yang syok nya... seronok tengok asap keluar dari mulut. Perasan macam kat luar negara la kan.. :P






dah turun gunung, mandi kat air terjun..
Suka air terjun! :D

ehem2..oke, why I love hiking??

sebab jalannya umpama hidup ini..
berliku2.. Licin dan sukar dilalui.
Kadang2 kita terjatuh disebabkan silap langkah, tersilap pilih jalan yang selamat..
Tapi perjalanan tetap diteruskan untuk menuju puncak..
Kerana puncak itu adalah lambang kejayaan kita..
hasil pengorbanan dan berkat kesabaran dalam menempuhi perjalanan yang sukar.
Menuruni gunung lebih mudah dari mendaki..
Kerana dalam hidup ni, amat mudah jika mahu jatuh...
Tapi untuk berada di puncak kejayaan pengorbanan amat diperlukan.
Apabila berada di puncak terasa berat untuk turun...
kerana tiada siapa mahu berada dibawah apabila telah berada di atas..
Namun orang yang berjaya, perlu juga melihat ke bawah untuk tidak merasa sombong dengan nikmat yang Allah berikan :)




No comments: