Friday, December 4, 2009

Alangkah baiknya....

Hari ni aku nk b'cerita..hayati n paham2kn.ini bkn dongeng dunia khayalan.
kalau malas nk baca xyah baca.tkn butang X kat tepi tuu.. n turn off computer trus k.
ceritanya begini..
Ada sorg laki ni tgh nazak.Dia asyk mengungkapkan beberapa p'kataan yang sukar untuk difahami oleh org lain.Katanya.."Alangkah baiknya kalau semua, alangkah baiknya kalau baru, dan alangkah baiknya kalau banyak". Sahabatnya tidak memahami maksud lelaki itu lantas b'tanya kpd Rasulullah s.a.w
Sabda Rasulullah:

yang pertama, semasa sihatnya lelaki ini pernah menyedekahkan separuh roti yg dimakan kepada pengemis yg dtg ke rumahnya dgn ikhlas. kerana separuh roti itu, Allah tunjukkan kpdnya ganjaran yg bakal menunggu di syurga. jadi, dia pun berkata "alangkah baiknya kalau semua"

yang kedua, lelaki ini berjalan di satu lorong dan bertemu dgn seorang tua yang kesejukan. Lantas dia memberikan bajunya yang tidak berapa baru kepada org tua itu dgn hati yang ikhlas. Allah menjanjikan padanya ganjaran yang baik di syurga krn sedekah itu. kerana itulah, dia berkata."alangkah baiknya kalau baru"

Yang terakhir
, sabda Rasulullah, satu hari lelaki ini pergi ke masjid. Dalam perjalanannya, di hadapannya ada seorg lelaki tua yg lambat pergerakannya. Lelaki ini tidak memintas sebaliknya memimpin tangan lelaki tua itu sehingga ke masjid dan mengajaknya solat. malangnya, lelaki tua itu seorang yahudi. lalu lelaki ini menghantar org tua tersebut ke rumahnya.Satu tangan di pimpin krn Allah, bakal mendapat ganjaran di syurga. lelaki itu berkata,"alangkah baiknya kalau banyak".


moral: perlulah diingat bahawa apa sahaja yg kita lakukan dgn hati yang ikhlas dan bersih, kita akn dimuliakn bukan sahaja di dunia malah di akhirat.tapi, jika apa yg dilakukan itu hanya untuk mendapatkan pujian, di dunia sahaja kita akn dpt rasa balasannya.

bercakap pasal ikhlas, ikhlas bukan hanya terbatas pada pemberian sahaja tetapi juga dlm ibadat.Hanya Allah tahu samada seorg hamba itu ikhlas menyerah diri kepadaNya atau terpaksa. sesetengah org ni, dia menunaikan solat semata2 krn takut dikatakan jahil oleh org sekelillingnya.

cthnya:seorang roomate yg hanya solat bila adanya roomatenya yg slalu solat.jadi, untuk apakah solat itu??solat itu bkn tiang agama bgnya malah tiang antenna TV untuk cari stesen kejahilan bg dirinya.padahal tau solat tu wajib kn? buat penat je..jika ibadah dilakukan tanpa sifat ikhlas kita xkan dapat apa2 pahala melainkan penat.na'uzubillah!!

Firman Allah bermaksud:
" padahal mereka hanya diperintahkan supaya menyembah Allah dengan ikhlas menaatiNya semata2 kerana(menjalankan)agama, dan juga agar melaksanakan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus(benar)..."(al-bayyinah 98:5)


kita perlu sandarkan niat yg betul dalam melakukan sesuatu perkara.niat itulah yg menentukan smada kita ikhlas ataupun tidak. jika niat xbetul, ianya akn menimbulkan sifat riyak dan menunjuk2.. cakap pasal riyak ni..2 perkara yg boleh menyebabkan riyak:
1) melakukan sesuatu hanya kerana nak dapatkan pujian
2) takut untuk melakukan sesuatu kebaikan krn takut dikatakan baik.

pernah x korang mengalami prsaan sebegini??aku dgn ikhlasnya mengaku..aku pernah.hukhuk~
lebih2 lagi yg no.2..yaAllah..ampunilah dosa hambamu ini..T_T

No comments: