Sunday, December 19, 2010

Aku.. " A LOOSER WONDERPET"

Penat. Penat.Penat!
Buat masa ni, aku cuma nak cakap yang aku....... sangaat....penat.....hari ini!

huh.
Sebenarnya, aku takkan berasa penat kalau setakat 'being busy'
Tapi, penat kalau dicampur dengan tension jadi apa??
= Gila?
hehe. belum...belum lagi....

Aku tension sebab kena jaga kitten yang aku jumpa kat tepi jalan pada hari semasa aku tengah menguburkan Meto ( kucing, entri yang lepas)
Dia sangat...sangat..comel!
bulu hitam putih dan gebu.
Tapi sayang...
mata dia berpenyakit.
waktu aku jumpa, lepas lap dan cuci sikit2..dia boleh bukak sikit mata
tapi setelah beberapa hari lepas aku bagi ubat yang aku beli kat klinik vet,
semakin teruk jadinya.
dan sekarang memang tak boleh buka lagi dah.
kawan vet aku cakap, mungkin bola mata dia pecah sebab 'virus infection'
dan disebabkan dia masih kitten, mungkin hidup tak lama.
Aku telefon doktor vet pulak..
Tanya punya tanya,
dia suruh aku bawa kucing tu pergi klinik.
Untuk consultant RM15,
tu baru consultancy, rawatan..ubat??
dan kalau perlu pembedahan?
Tsk..tsk.. Y_Y
Untuk pengetahuan, di tempat aku tak ada klinik kerajaan untuk haiwan
Aku dah tanya doktor vet tu, dia cakap ada tapi lebih kepada lembu.
Dan aku tak tau di mana, mr.google pun tak bagi tau :(

oke, pasal kucing.. aku tak reti nak ambil remeh.
walaupun orang cakap "biarlah..kita dah tak boleh buat apa.."
(Aku benci ayat itu oke...)
Kalau aku ni ada duit, KALAU....!!!
Aku dah bawa dia pergi klinik vet dan buat rawatan
Tak kisah berapa ongkos nya...

erm..
selagi dia masih hidup..
dan selagi aku masih hidup..
Aku akan jaga.
sebab aku memang " WONDERPET" sejak kecil lagi.
Tapi aku tak sanggup tengok kesengsaraan nazak :'(
huhu. *tabah*

p/s: GOv, please.....bukak la klinik haiwan kerajaan kat miri..... Y_Y

No comments: