Wednesday, December 8, 2010

New York Cheese Cake!

wee~~
Another cake made by me..!





























New York Cheesecake!
or.. should I change it into Miri Cheesecake? hehe.
sebenarnya memang ada banyak versi resipi-resipi kalau kita google.
Oleh itu, sebagai saya.. saya hanya memilih resipi yang 'simple and easy' :)
oke, mari mulakan..

Bahan-bahan ( untuk 10 orang) :

For the crust (base)
  • 200 gm digestive biscuits / biskut Marie
  • 75 gm Mentega - dicairkan
Cheesecake filling
  • 800 gm cream cheese- keluarkan dari fridge 2 jam awal sebelum mulakan untuk mendapatkan texture cheesecake yang menarik.
  • 170 gm gula kastor
  • 4 biji telur penuh
  • 3 biji kuning telur sahaja
  • 2 camca teh esen vanilla
  • 1 1/2 camca besar jus lemon
Topping
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 300 ml sour cream
  • 20 gm gula kastor
  • * serbuk koko- untuk hiasan
* Terpulang kepada kreativiti sendiri

Cara-caranya:

Base
1) Cairkan mentega
2) Blend biskut sehingga jadi serbuk. Masukkan ke dalam mixing bowl dan tuangkan mentega cair dan gaulkan sebati.
3) Sapukan springform dengan mentega.
4) Tuangkan adunan tadi kedalam tin ( springform). Tekan sehingga padat dan simpan ke dalam fridge sehingga keras sedikit.

Filling
5) Panaskan oven pada suhu 180c dengan kaedah waterbath.
6) Satukan bahan-bahan filling dan blend. Masukkan telur satu persatu. Blend hingga adunan kembang dan sebati.
7) Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang berisi base biskut tadi dan hentakkan sedikit supaya angin keluar sedikit.
8) Balutkan springform dengan aluminium foil.
9) Masukkan springform pan kedalam mangkuk berisi separuh paras air panas tadi dan bakar selama 1 jam.

Topping
10) Pukul bahan-bahan topping sehingga sebati dan gebu. Tuangkan ke atas cheesecake yang telah dibakar tadi. selepas itu, bakar lagi selama 10 minit.

11) Keluarkan kek dan biarkan sejuk.
12) Masukkan ke dalam fridge sekurang-kurangnya selama 4 jam sebelum dipotong.
13) *Taburkan serbuk koko

Siap untuk dihidangkan!! :d

em, berdasarkan gambar, koko aku tabur banyak sangat. hehe.
So, Jangan tabur banyak sangat. sebab serbuk koko pahit.

Selamat mencuba kepada yang ingin mencuba!! (^^,)









No comments: