Monday, December 6, 2010

Dunia sudah Tua! Nyanyuk!

" Akademi Fantasia"
" Jangan Lupa Lirik"
" Mentor"
" Kamilah bintang"
Apakah dalam fikiran anda apabila disebut nama-nama realiti program tersebut?
Semestinya Artis, glamor, menyanyi, menari, ada rupa, ada bakat etc..

Dunia... dunia.. kau sedang mengikuti peredaranmu seperti bumi yang sentiasa berputar dan beredar pada paksinya. Dan pasti akan kembali pada tempat asalnya, dimana 'starting point' nya berada.

Di zaman manakah kita berada sekarang?
Akhir zaman bukan? semua orang pun sedia maklum. Baik muslim ataupun tidak, bahawa dunia ini sudah tua! sudah tua!
Semakin tua, semakin nyanyuk! Bila nyanyuk, Kelakuan juga berubah. Pelik! tapi pelik itu, biasa bagi kita. sudah menjadi biasa! Melihat pada kaca mata biasa, menjadikan kita berpandangan biasa!

Sedih sangat-sangat menonton persembahan anak-anak kecil itu.
Mereka masih kecil. Kenapa diperlakukan seperti kamu, orang dewasa..??
Terserlah keinginan, semangat yang membara pada mata mereka untuk mengejar dunia hiburan. Menyanyi, menari bagaikan memahami erti hidup. Lagu cinta, lagak jiwang.
Geli-geleman aku tengok. Mereka masih kecil. Comel...seorang yang masih layak digelar comel.
Tapi lihatlah.. dimana pergi kecomelan yang harus mereka miliki pada usia itu?
Yakin kah anda langkah kecil itu, tidak memberi kesan pada masa akan datang?

Kenapa dunia hiburan menjadi pilihan?
Ibu bapa, dimanakah peranan anda? Membiarkan si kecil itu melangkah seiring dengan peredaran zaman yang jelas ke-'biasa'annya? Sebaliknya, kamu bangga dengan langkah itu.
sehinggakan yang ketinggalan mengikuti langkah itu, dikatakan pelik, terasing dari sisi dunia.

Benarlah kata Rasulullah SAW.
Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Islam itu bermula dalam keadaan asing. Dan akan kembali asing. Maka, beruntunglah mereka yang menjadi asing. (HR Muslim)

Terasingkah kita di zaman ini? Gembira kah kita mendengar apabila dikatakan "Low profile"?
Kalau ya, maka kita antara yang beruntung seperti yang dikatakan Baginda SAW.

Lek lu.. rilek2 suda.. (oke, terngiang2 di telinga perkataan itu)
Perlukah aku menjadi seorang yang rilek dizaman kekecohan ini?
kecoh ke? anda nampak kekecohan?
semuanya tersembunyi. Kekecohan, porak-peranda, peperangan telah pun bermula wahai umat nabi Muhammad s.a.w...
Lihatlah dunia! Buka matamu!
Aku juga seperti kamu. Kita sama. Tapi kita perlu berubah!

Berubahlah ke arah kesempurnaan, meskipun tidak akan mencapai kesempurnaan.
Andalah orang yang luar biasa, jika berjaya membuat perubahan.
kerana perubahan itu adalah sesuatu yang paling susah daripada susah.

Semoga perjalanan hijrah kita sentiasa dibawah bimbinganNYA serta usaha ke arah kebaikan diberkati Allah SWT. Amin..

Salam Maal Hijrah 1432 :) Selamat berjuang untuk kehidupan yang baru dan sentiasa diperbaharui ^^
mUch Love!


" Ya Allah, jadikanlah kami orang yang suka mengaji dan mengkaji Al-quran. Bukan orang yang suka menari dan menyanyi.."










No comments: