Wednesday, December 22, 2010

huh~ Belog..belog...!

Dunia blogging..
Aku mula berkecimpung dalam dunia ni masa mula2 baru masuk U.
Tengok orang ada, macam best pulak kan..
Sesaja conteng2..luah isi hati, isi hari..etc.
walaupun tujuan pada mulanya adalah untuk dakwah dan menyampaikan
tapi tak berapa menjadi... lebih kepada isi hati dan isi fikiran.
Aku ni...kalau korang baca ada rasa2 menyampah tak? hihi
suka hati korang la nak rasa apa kan..
Blog aku bukan popular pun...
Entri pun macam merepek :P

Hmm...
Tapi aku baru terperasan masa cuti ni..
sebab banyak buat blogwalking.
Rupa2 nya Orang kita ni gila blogging.
Ramai yang dah ada belog!
budak2 sekolah rendah pun ada..
O.o

Tapi tak hairan la kan..
Facebook tu pun pelbagai peringkat umur.
Tak kira muda atau tua, reti guna komputer atau tidak..
Yang tak reti tu, tup tup ada FB.
Tapi tak aktif..huhu. kelakar!

Yang aku rasa pelik sekarang ni..
Betapa blogger2 itu sangat taksub.
Mengejar kepopularitian..
Nak tingkatkan kesesakan traffic blog.
Kalau perempuan, apa lagi..
Aset dia muka dan possing comel la kan..
wajib letak dengan sedikit touch up (edited) supaya tambah comel dan menarik...
uiii.. tu penting kot.. nak tarik follower katakan.....
nak dapat award..nak dapat duit dari nuffnang..

hihi. Tapi bagi aku..Aku tak pandang sangat kecomelan belog dan gambar2 comel atau pun macho beliau.
Aku suka baca ayat yang sempoi.
Dengan gaya bahasa yang menarik dan mudah difahami.
Dan tak lebih kepada cerita syok sendiri.

Okela, setiap orang ada taste sendiri kan...
Aku macam ni, korang pulak macam tu..
Itu yang menjadikan kita menarik dengan gaya tersendiri :)

Yang penting jangan sampai 'addicted'
Dok 24 jam ngadap Lappy..
Kang kena penyakit Carpel Tunnel Syndrome (CTS) baru tau.. :P

Psst...
HATI2 DI ALAM MAYA ;)
Ada yang sedang memerhati dan menilai anda..

No comments: