Friday, December 10, 2010

Anak kucing yatim piatu.

Meow Meow..
Entri ini tentang anak kucing yang tiada ibu.
kalau nak diceritakan mengenai holiday aku.
semuanya biasa sahaja. mungkin tidak semenarik cuti anda.
Tapi, ada banyak benda 'first time' yang aku dapat buat dan bakal menjadi pengalaman yang sangat bererti buat aku.

ok, berbalik kepada cerita anak kucing yatim piatu tadi.
Aku ambil meow2 tersebut di rumah nenek. sebab kesian kat nenek. Dah tua-tua kena jaga anak kucing, dah la anak manusia pun dia jaga. tak sanggup tengok dia jadi baby sitter and cat sitter sekali gus.

Kucing2 tu telah kematian ibu semasa mereka masih lagi perlu menyusu. KESIAN SANGAT3x T_T
Umur baru beberapa minggu. Merengek2 bagai tangisan bayi manusia. Adus! Bayangkan..dengar tangisan bayi pun kita dah kelam-kabut.
Haa..macam tu lah aku rasa bila 'bayi2' itu menangis. Aku ni dah kira macam mak la ;) LOL!
Rushing buat susu. Nak susukan pulak sangat susah. Aku guna picagari. tu pun nampak macam menyakitkan mulut dorg. Tambah pulak mencabar dengan bau-bau hancing. Nak bersihkan lagi satu hal. erm... Tapi, bila tengok mereka yang sangat2 comel itu, segala kesusahan sanggup diharungi. aiseh! macam tu kot perasaan seorang ibu.

sedih tengok badan dorg menggeletar. Tambah pulak bila basah. Bunyi rintihan macam sedih. Kalau kita sendiri pun, dah besar2 ni masih perlukan belaian seorang ibu..apa lagi anak2 kucing tu :'( Aku cuba letak botol suam berbalut tuala kat tepi, sedih tengok dorg berebut2 menggesel badan kat botol tu.Hisap kat tuala. Umpama merindui badan si ibu kucing.

Aku tau, mungkin suatu masa nanti aku harus bersedia dengan kekecewaan. huhu. Tak sanggup lagi kehilangan kucing! Sedey..Setelah banyak kali sedih dan kecewa dengan kematian kucing, aku dah tak pelihara kucing. Tapi kali ni, kena jugak. Kalau dibiarkan, kang jadi pembunuh pulak kan..Aku Memang Pencinta Kucing!

Mudah-mudahan sempat tengok kucing2 tu membesar. Ouh, lupa nak tulis. baby2 tu ada 4 ekor. nama.. LuLu, Cici, Dodo dan MetO :) hihi. Aku cop MetO. Adik-adik aku yang selebihnya.

Jaga anak kucing yang tiada ibu memang sangat2 mencabar. Kena bagi susu setiap 2-3 jam. Nasib baik google2 jumpa gak info yang membantu. Nak info lebih tangok page ni


dan anda juga boleh bertanya pada doktor veterinar di


Semoga usaha yang dibuat tak sia-sia. Lebih-lebih lagi pada pandangan Allah.




3 comments:

azieya.hikari said...

ktk bagi susu tepong nak?
kmk ria time kecik dolok ada juak nginang pusak nok kenak tinggal tok.
kak ya mek bagi susu tepong sebab mak nya sikda.

then tiba-tiba jiran kmk ya- wan pe'e mdh cam tok: "eh kenak bagi susu ya? mati lah nya ya lak" - bena juak 2 hari jak nya tahan kak ya mati. rasa bersalah kmk.

DedeknOm said...

aok. mek bg susu baby baruk lahir.
p ada jwak org bg susu baby bleh hdp lamak. p better gna susu khas utk kucing la..

azieya.hikari said...

ooo duhal ada susu khas dah kinek.
sik tauk kamek.bagus2! selamat hidup anak kucing ya dibela ktk.

p/s: jaga2 kan kucing. asuk dpn umah ktk ya lak gigit. hahaha